
Pengasuhan Positif Meniup Sepuluh Batang Lilin Tahun Ini!
Pengasuhan Positif telah mengadakan karnival dua hari pada 20-21 November 2010 (bersamaan Hari Kanak-Kanak Sedunia) bagi menyambutkan sedekad kejayaannya. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan untuk seisi keluarga.
Taman NutriAktif juga disediakan untuk mengajar kanak-kanak cara untuk makan secara sihat. Ibu bapa yang prihatin juga berpeluang untuk membawa anak-anak mereka untuk pemeriksaan BMI dan mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan.
Kehadiran YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah memeriahkan acara ini apabila beliau berkongsi pendapatnya tentang kebajikan dan kesihatan kanak-kanak dalam ucapan rasminya. YABhg juga melancarkan buku panduan istimewa Menimang Si Manja yang diterbitkan khas untuk meyambut kejayaan sedekad dalam mendidik para ibubapa tentang kesihatan ibu, perkembangan dan kesihatan anak serta kesejateraan keluarga.
Sambutan Ulangtahun Ke-10 ini disokong only Pfizer (M) Sdn Bhd, yang turut mengambil peluang untuk mendermakan vaksinasi kepada empat rumah kanak-kanak: Ti-Ratana Welfare Society, Rumah Sayangan, Sunbeams Home dan Rumah Impian.
PHOTO GALLERY
Booths
NutriActive Corner
Pfizer Booth
Positive Parenting Booth




























































