


Katakan Tidak Boleh! Tegaskan dan ikut apa yang anda katakan. Oleh Dr Yen Teck Hoe, Pakar Perunding Psikiatri
|
Kebanyakan ibu bapa menghadapi kesukaran apabila cuba menerangkan mengapa mereka kata "TIDAK BOLEH". Walaupun penting untuk menerangkan sebab, ibu bapa tidak harus terjebak dengan penjelasan dan perundingan berlebihan dengan anak mereka. Kanak-kanak perlu faham bahawa tidak boleh bermakna tidak boleh, dan memberi banyak penjelasan biasanya akan menyebabkan peraturan diubah atau dikompromi untuk memuaskan hati mereka.
Adakah anda mengajarnya untuk TIDAK mendengar?Adakah anak anda mencabar kuasa atau keputusan anda apabila anda mengatakan dia tidak boleh berbuat sesuatu (contohnya "Tidak boleh makan coklat sebelum makan malam")? Adakah anda cuba menjelaskan sebab untuk keputusan tersebut? Anda mungkin akan rasa letih atau tertekan apabila dia asyik meminta coklat atau berjanji untuk menghabiskan semua sayursayurannya jika diberi coklat, hinggakan anda terpaksa beralah. Dengan berbuat demikian, anda sebenarnya melatih anak anda untuk tidak mematuhi peraturan. Lambat laun, dia akan sedar bahawa anda akan mengikut kehendaknya jika dia merayu atau memujuk berterusan, ataupun membuat janji. Jawapan muktamad: tidak bolehMengajar anak anda untuk menerima tidak boleh sememangnya mencabar. Ia lebih sukar jika mereka sudah biasa mendapat apa yang diingini. Walau bagaimanapun, ada beberapa cara untuk membantu anda melaksanakannya:
Ajar, latih, hadkanMemang anda tidak boleh elak daripada anak anda membuat perangai dan tidak setuju dengan pandangan anda. Batasan dan peraturan tidak patut dikompromi dan semua ibu bapa perlu faham bahawa menetapkan had adalah peranan yang sangat penting dalam mendidik anak. Ini akan membantu anak anda menerima tidak boleh sebagai jawapan dan mengelakkan sikap memberontak apabila besar kelak. Ingat bahawa kanakkanak mudah mengesan sesuatu yang negatif dan mereka mungkin akan anggap anda tidak sayangkan mereka apabila memarahi mereka. Beritahu mereka anda masih sayangkan mereka walaupun anda tidak puas hati dengan tingkah laku mereka. |
Saya Boleh Nampak Dia… Mama Tak Nampak? Jangan bimbang, si manja bukan nampak hantu; itu hanya kawan khayalannya! Oleh Profesor Madya Dr Alvin Ng Lai Oon, Pakar Psikologi Klinikal
|
![]() “Mama tak boleh duduk sini! Nanti Mama duduk atas Lina!” Aida menegur ibunya Puan Rosnah yang hendak meletakkan punggung di atas sofa di sebelahnya. Si ibu melihat tempat duduk yang kosong dan bertanya, “Siapa Lina?” dengan kening terangkat dan dahi berkerut. Terpijak "halimunan"Kanak-kanak kecil kadang-kalanya gemar bercakap sendirian sewaktu bermain trak dan kereta api atau bermain dengan anak patung mereka, yang setiap satu diberi nama seperti manusia. Ada kalanya si manja berbual atau bermain dengan seseorang yang tidak dilihat. Kawan imaginasi atau khayalan anak anda mungkin seorang kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, seorang watak ajaib atau fantasi, atau mungkin juga seekor binatang. Seseorang kawan khayalan boleh berubah mengikut peredaran masa, apabila si manja melalui fasa tertentu dalam hidupnya. Bagi sesetengah kanak-kanak, ‘kawannya’ mungkin datang sesekali atau muncul selang beberapa hari, manakala bagi yang lain ‘kawan’ itu adalah teman sepanjang masa. Anak anda akan melayan ‘kawannya’ seperti melayan kawan sebenar, kawan yang dilihatnya setiap hari dan boleh bermain bersama. Jadi, jangan terperanjat jika si manja memberitahu anda bahawa anda mungkin terpijak ‘kawannya’, atau anda duduk di tempatnya, atau meminta anda menyediakan tempat untuk ‘kawannya’ di meja makan apabila tiba waktu makan. Adakah si manja anda kesunyian?Bermain dengan kawan khayalan tidak bermakna anak anda kesunyian. Ia mungkin hanya bermakna si manja seronok bermain dengan seseorang selain kawan SEBENAR yang biasa menjadi teman sepermainannya setiap hari. Kawan khayalan membantu si manja anda berfikir secara lebih kreatif, membolehkan mereka melakukan sesuatu dengan cara yang berlainan. Ini juga adalah satu cara yang membolehkan anak anda mempraktikkan kemahiran sosial, agar mereka berasa lebih selesa dan lebih yakin apabila bertemu dengan kawan betul yang sebaya dengan mereka. Ada kalanya, mereka berpura-pura mempunyai kawan khayalan sematamata kerana ingin mempunyai seseorang yang boleh dikuasai dan mengikut telunjuk mereka, lebih-lebih lagi jika semua orang di sekeliling mereka cuba mengawal tindakan mereka. Kawan khayalan mungkin juga bertindak sebagai teman yang boleh dipercayai – tempat mencurah rahsia dan isi hati, kerana anak-anak kecil juga mempunyai isu yang terlalu peribadi atau takut diketahui oleh orang dewasa. Sebahagian daripada proses membesarRamai pakar mengakui bahawa kawan khayalan adalah sebahagian daripada norma hidup dan perkembangan kanak-kanak. Kawan khayalan bukan menimbulkan masalah, sebaliknya mereka boleh membantu anak-anak anda menangani beberapa tekanan dalam hidup mereka, dan juga melenyapkan sesetengah daripada ketakutan mereka. Apabila si manja memujuk ‘kawannya’ yang takut gelap, ini mungkin bermakna bahawa anak anda sebenarnya yang takut berada di tempat gelap. Dengan memujuk ‘kawannya’, bermakna si manja juga cuba mengatasi ketakutannya sendiri. Ia juga mungkin bermakna anda terlalu mendesak anak-anak lebih daripada yang sepatutnya, atau mengenakan terlalu banyak peraturan untuk mereka, menyebabkan mereka menyalahkan kawan khayalan mereka apabila mereka berkelakuan buruk atau melakukan kesilapan.
Kalau anda tak boleh kalahkan mereka, ikut rentak mereka!Ikut rentak si manja jika anda tidak pasti bagaimana untuk memberi respons kepada kawan khayalannya:
Kawan khayalan biasanya tidak menimbulkan masalah, dan jika si manja seronok bermain dengan budak lain dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama anda dan mereka, tidak ada apa-apa yang perlu anda risaukan. Apabila mereka besar dan mempunyai lebih ramai kawan ‘sebenar’ dan dapat menangani ketakutan mereka dengan lebih baik lagi, kawan khayalan mereka akan hilang dengan sendiri. Seandainya si manja anda terus memilih kawan khayalan sebagai teman bermain daripada menghabiskan masa dengan rakan sebayanya, anda patut renungkan apa yang sebenarnya berlaku dalam hidupnya dan berusaha untuk membolehkan anak anda merasai keseronokan bermain dalam kehidupan sebenar.
|
Adakah Anak Anda Terlalu Ligat? Kebanyakan kanak-kanak mempunyai tenaga yang tidak terhad, mengecahkan rumah dan ligat bermain sepanjang hari. Patuhkah anda bimbang? Oleh Cik Woo Pei Jun, Ahli Psikologi Perkembangan |
Gangguan Hiperaktiviti dan Kurang Daya Tumpuan atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), adalah gangguan paling kerap dialami oleh kanak-kanak dan remaja. ADHD adalah gangguan tingkah laku yang biasanya disedari pada usia tujuh tahun. Ia boleh memberi kesan kepada semua aspek penting kehidupan kanak-kanak, termasuk pergaulan sosial, pencapaian akademik, dan kesejahteraan fizikal dan psikologi. Bagaimanapun, tahap seriusnya ADHD mungkin berbeza dan pakar penyelidik mendapati bahawa bantuan strategi dan teknik intervensi dapat mengurangkan gejala di kalangan mereka yang mengalami gangguan ini apabila usia mereka meningkat. Intervensi awal adalah penting dan itulah sebabnya diagnosis gangguan ini penting untuk kesejahteraan masa depan mereka yang mengalami ADHD.
Gejala ADHDSeperti kebanyakan gangguan, terdapat gejala tertentu yang menunjukkan kehadiran ADHD di kalangan kanak-kanak. Umumnya, terdapat tiga gejala yang membentuk asas diagnosis ADHD: Tidak dapat memberi perhatian. Satu daripada gejala utama ialah tidak dapat memberi perhatian penuh. Ini bermakna kanakkanak ADHD biasanya sukar untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu dan perhatian mereka mudah beralih, dan mereka bosan dengan tugas yang diberikan. Gejalanya termasuk mudah hilang tumpuan disebabkan perkara tidak relevan yang dilihat dan didengar, gagal memberi perhatian kepada butiran terperinci dan membuat kesilapan disebabkan kecuaian, sukar mengikut arahan, dan sering melompat dari satu aktiviti ke aktiviti lain. Semua biasanya tidak disedari hingga kanak-kanak mula bersekolah. Hiperaktif. Ini adalah tanda yang paling jelas dilihat. Kanak-kanak hiperaktif tidak boleh duduk diam dan sentiasa bergerak ke sana sini, menyentuh benda di sekeliling mereka dan bermain dengan apa sahaja yang dilihat di samping bercakap tanpa henti. Mereka mendapati tugas mudah seperti duduk diam sukar dilakukan. Kanak-kanak kecil akan meluru keluar rumah atau ke jalan raya, melompat dan memanjat, seolah-olah mereka mempunyai tenaga yang tidak terhad. Impulsif. Kanak-kanak impulsif tidak dapat mengawal reaksi spontan mereka atau berfikir sebelum bertindak. Sifat impulsif dapat dilihat apabila kanak-kanak menjawab soalan sebelum soalan sempat dihabiskan, sukar menunggu giliran, dan selalu mencelah atau menyampuk percakapan orang lain. Kanak-kanak ADHD yang menunjukkan tanda impulsif juga sentiasa gelisah, sukar duduk diam dan banyak bercakap. Selain itu, perangai kanak-kanak ADHD juga boleh menjejaskan hidup mereka dalam pelbagai cara, dan menimbulkan gejala sampingan, termasuk:
Adakah Terdapat Penawarnya?Setakat ini belum ada penawar yang dapat mengikis ADHD sepenuhnya daripada seseorang. Bagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan dengan rawatan dan kaedah intervensi yang betul, gejala ADHD dapat ditangani. Dari perspektif perubatan, ubat perangsang menjadi pilihan kerana dapat meningkatkan perhatian dan mengurangkan aktiviti dan perasaan impulsif. Terapi pemulihan tingkah laku sebaliknya membantu dengan mengajar mereka bagaimana untuk mengawal kelakuan mereka. Cara terbaik rawatan ADHD ialah dengan menggabungkan kedua-duanya.
|
Siapa Takut Gelap? Perasaan takut adalah normal tetapi bagi kanak-kanak, ketakutan amat mencemaskan kerana mereka belum tahu cara untuk menanganinya. Dr Yen Teck Hoe, Consultant Psychiatrist |
Sama ada kita mengakuinya atau tidak, kita semua mempunyai perasaan takut. Kita semua mengalami perasaan yang sama apabila kita berdepan dengan ketakutan kita. Tanpa sebab kukuh, debaran jantung bertambah kencang, mula berpeluh dan perasaan ingin melarikan diri daripada situasi yang tidak menyenangkan itu. Kanak-kanak juga tidak terlepas daripada perasaan ini. Jika dibandingkan dengan ketakutan kita, ketakutan mereka mungkin tidak masuk akal, tetapi ini tidak bermakna mereka tidak merasainya. Ketahui lebih lanjut tentang ketakutan anak anda dan cara membantu mereka mengatasi perasaan dahsyat ini. ![]() Bila dan ApaDisebabkan tahap kematangan dan kerentanan emosi kanak-kanak yang berbeza, anda akan mendapati si manja takut akan perkara yang berlainan apabila mereka membesar. Akhirnya mereka akan dapat mengikis perasaan takut, tetapi akan timbul kebimbangan yang lain pula. Jadual di bawah adalah contoh ketakutan yang biasa dialami pada tahap berlainan dalam hidup si manja:
Mengalahkan RaksasaPetua berikut boleh anda gunakan untuk membantu si manja membina kemahiran dan keyakinan untuk mengatasi ketakutan buat selama-lamanya.
|
Memupuk Imej Tubuh Yang Positif Kecelaruan cara makan membawa bahaya yang membimbangkan. Didiklah anak anda tentang imej tubuh yang positif dan sihat. Oleh Profesor Madya Dr Hera Lukman, Pakar Psikologi Kesihatan
|
Kecelaruan Cara Makan atau Eating Disorders (ED), seperti Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa, semakin meningkat di negara maju dan juga negara membangun. ED, yang dahulunya dianggap sebagai fenomena “Barat”, kini lebih ketara di negara bukan Barat, termasuk Malaysia. Meskipun wanita lebih mudah mengalami gejala ED daripada lelaki, trend yang dapat dilihat baru-baru ini menunjukkan bahawa ED semakin menular di kalangan lelaki. ED boleh dianggap sebagai masalah kronik dan memberi kesan fizikal, psikologi dan sosial yang menyusahkan penghidapnya dan penjaga mereka. Paling membimbangkan, kadar kematian akibat ED adalah antara yang paling tinggi di kalangan gangguan psikiatri yang lain. Justeru, kita perlu berusaha sedaya upaya untuk mencegah bermulanya ED.
Peranan Penting Ibu BapaKanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar. Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa membina asas imej badan yang kukuh dan positif bagi anak mereka, supaya mereka mempunyai daya tahan untuk menentang pengaruh negatif yang boleh mencacatkan imej diri mereka. Sebagai ibu bapa, anda boleh melakukan beberapa perkara berikut: Periksa imej tubuh anda dan jadilah suri teladan.
Ceritakan tentang kelaziman membesar dan beritahu mereka
tiada badan atau tubuh yang sempurna.
Pupuk tabiat makan positif tanpa merasa bersalah.
Sayangi mereka seadanya.
Elakkan perbualan tentang badan/gemuk.
Langkah di atas boleh membantu anak-anak anda menyayangi badan dan diri mereka sendiri.
|
Takut Bila Malam Anda mungkin tidak boleh mengawal mimpi anak anda, namun anda boleh menghalang mimpi buruk daripada berulang. Oleh Profesor Madya Dr Teoh Hsien-Jin, Pakar Perunding Psikologi Klinikal.
|
Mimpi buruk yang menakutkan boleh mengganggu sesiapa sahaja dan biasa berlaku pada zaman kanak-kanak. Mimpi buruk turut membimbangkan ibu bapa kerana ia mengganggu tidur anak. Persatuan Psikiatrik Amerika melaporkan bahawa 50% kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun mengigau yang teruk sehingga membimbangkan ibu bapa mereka. Namun begitu, sebelum membuat kesimpulan bahawa igauan anak anda adalah tanda yang menunjukkan mereka mengalami masalah psikologi yang teruk, teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda boleh mengurangkan mimpi buruk anak anda.
Apa yang Patut Dilakukan? Anda tidak mungkin dapat menghalang si manja daripada mengigau, tetapi anda boleh mengurangkan kekerapannya mengigau. Cubalah langkah mudah ini untuk memastikan anda sekeluarga dapat tidur dengan tenang: • Berbual dengan si manja tentang mimpi buruk itu. Ini mungkin jalan penyelesaian yang terbaik. Mimpi buruk sering dikaitkan dengan kebimbangan dan pengalaman kurang menyenangkan yang dialami oleh kanak-kanak. Tekanan dan kebimbangan ini mungkin terbawa-bawa sehingga ke waktu malam, dan mengganggu tidur mereka. Oleh itu, luangkan masa untuk berbual dengan si manja anda setiap hari. Jelaskan tentang perkara yang merisaukannya supaya si manja boleh merasa tenteram dan tidak membiarkan imaginasinya menguasai perasaan.• Tetapkan rutin waktu tidur yang positif. Ini bermakna menyuruh anak anda tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Pastikan juga anak anda tidak melakukan sebarang aktiviti yang lasak sebelum waktu tidur. Sebaliknya, biasakan si manja melakukan sesuatu yang menenangkan (seperti membaca buku cerita) sebelum anda menidurkannya. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan kekerapan mimpi buruk, malah membantu si manja bersedia dan tidur lebih cepat. • Gunakan lampu tidur. Kegelapan boleh menakutkan, lebihlebih lagi bagi anak-anak kecil. Penggunaan lampu tidur dapat mencegah si manja daripada memikirkan tentang perkara yang menakutkan sebelum tidur. Tambahan lagi, jika si manja terjaga daripada tidur disebabkan mimpi buruk, lampu tidur dapat menenangkan perasaannya, membolehkannya tidur semula kerana si manja tahu persekitaran biliknya adalah selamat. • Jaga pemakanannya. Apa yang dimakan oleh si manja anda boleh mempengaruhi kualiti tidurnya. Elakkan makanan dan snek yang mengandungi kafeina, gula dan karbohidrat yang tinggi sebelum waktu tidur kerana bahan tersebut merangsang otak. Snek sebelum tidur yang terbaik (jika mahu) adalah segelas susu suam tanpa gula atau coklat. Susu mengandungi triptofan, bahan yang menggalakkan tidur.
|
Mengendali
Tekanan Rakan Sebaya Oleh Dr Goh Chee Leong, Pakar Psikologi.
|
|
![]() |
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk memperkukuh keyakinan dan keberanian moral anak anda.
|
Kekalutan Hari Pertama Oleh Puan Norsheila Abdullah, Presiden, Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia
|
|
![]() |
diri anda dan si manja untuk menempuh pengalaman baru ini, anda boleh mengurangkan sedikit kebimbangan anda sendiri dan juga si manja. Bantu anak anda menyesuaikan diri dalam persekitaran baru supaya dia boleh menerima situasi dan rasa keseronokan di sekolah, belajar dan berkenalan dengan kawan baru. Buat Pilihan Yang Betul Jadikan Persekolahan Topik Menarik Biasakan Dengan Rutin Tunggu Si Manja Bualkan Tentang Sekolah
|
Diam-diam
Ubi Bukan Semestinya Berisi Oleh Cik Woo Pei Jun, Pakar Psikologi Pembangunan
|
|
![]() |
Masalah Pertuturan & Bahasa Yang
Biasa Dialami Struktur
Masalah Penyebutan
Neural
Disartria
Gagap
Masalah Lain Yang Berkaitan Malu/Segan
Pendengaran
|
10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Anda Kanak-kanak yang ada harga
diri adalah optimistik, bijak hadapi tekanan, Oleh Professor Madya Dr M Swamenathan, Ahli Psikologi
|
|
|||
Disebabkan harga diri bermula dari kecil, ia penting untuk anda memainkan peranan aktif dalam membantu anak anda meningkatkan harga diri. Inilah beberapa langkah mudah sebagai permulaan. 1. Tiada Perbandingan 2. Ketepikan Jenaka 3. Jangan Memberi Gelaran 4. Elakkan Hukuman Automatik 5. Sentiasa Positif 6. Ucap Selamat Tinggal Kepada Momok 7. Elakkan Anak Anda Berasa Serba Salah 8. Adakan Masa Bersama 9. Didik Berdikari 10. Tingkatkan Pujian |
|||
COPYRIGHT © VersaComm SDN BHD, ALL RIGHT RESERVED. Web Design By Big O Solutions.