




'G' Untuk Gigitan Gigitan yang biasa boleh mengancam nyawa. Perhatikan sebarang tanda dan gejala! Oleh Dr Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik
|
Taman, pantai dan juga halaman rumah anda sememangnya kelihatan dipenuhi bahaya yang boleh membawa kecederaan fizikal atau gigitan daripada serangga dan haiwan seperti anjing. Mengetahui apa yang perlu dilakukan jika ia berlaku bukan sahaja akan menenangkan hati anda, malahan turut membolehkan anak anda terus menjelajah dunia melampaui serambi rumah anda.
Sengatan dan gigitan adalah lazim di negara tropikal seperti Malaysia. Biasanya, gigitan semut, nyamuk atau lalat pasir tidak merbahaya. Sesetengah mungkin akan mengakibatkan lebih kesakitan dan ketidakselesaan, seperti sengatan lebat. Namun, terdapat gigitan tidak merbahaya yang boleh mengancam nyawa akibat reaksi alahan. Sesetengah gigitan tebuan, labah-labah dan ular tertentu mengancam nyawa atau mengakibatkan penyakit yang serius. Adakah Anak Anda Telah Disengat?Tanda yang paling lazim adalah menangis dalam kesakitan dan ketidakselesaan. Tanda lain termasuk:
Merawat Sengatan LebahBeberapa langkah mudah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan ketidakselesaan anak anda jika disengat atau digigit serangga adalah:
Gigitan KutuSecara am, gigitan kutu tidak merbahaya tetapi menyebabkan kegatalan dan mungkin reaksi alahan. Gigitan kutu tidak terbatas kepada keluarga dengan haiwan peliharaan sahaja. Kutu debu rumah juga tergolong dalam keluarga kutu, dan sering didapati dalam perlengkapan tidur. Gigitan ini boleh dilihat sebagai bintik merah pada anggota badan yang amat gatal dan bengkak pada tempat gigitan. Sapuan krim anti-gatal atau steroid yang sederhana kuat sudah memadai. Mengambil antihistamin juga boleh membantu melegakan kegatalan. Cara terbaik untuk mencegah gigitan kutu adalah dengan menghapuskannya. Bagi kutu debu rumah, udara dan dedahkan perlengkapan katil pada cahaya matahari. Barang mainan lembut juga perlu kerap dicuci dengan air panas untuk membunuh kutu. Haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing perlu kerap dimandi bagi mencegah infestasi kutu. Digigit Anjing?Walaupun Malaysia bebas daripada penyakit anjing gila, namun gigitan anjing masih boleh menyebabkan kecederaan dan jangkitan teruk yang boleh mengancam nyawa. Selain daripada kehilangan darah, gigitan anjing boleh menyebabkan jangkitan bakteria setempat dan tetanus (kancing gigi). Rawatan untuk Gigitan Anjing
Ingatkan anak anda supaya tidak bergerak, berlari atau menjerit apabila berhadapan dengan anjing liar, kerana akan menyebabkan anjing tersebut mengejarnya. Kanak-kanak juga perlu lebih berhati-hati – jangan kacau atau main dengan anjing yang sedang tidur, makan atau menjaga anak-anaknya. Di sebalik semua langkah pencegahan, anak anda mungkin masih menjadi mangsa gigitan serangga ataupun anjing. Latih anak anda untuk segera beritahu anda jika digigit. Pastikan anda sentiasa tenang, berikan rawatan kecemasan dan segera dapatkan rawatan perubatan selanjutnya.
|
||||
Bermain Secara Selamat & Bijak Seronok bermain tetapi alat permainan boleh mencederakan. Pilihlah yang selamat dan bersesuaian dengan usia anak anda. Oleh Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik & Kardiologi
|
Alat permainan bukan sahaja membentuk memori penting masa zaman kanak-kanak, malah berperanan membantu perkembangan kanak-kanak. Namun, kecederaan barang mainan boleh berlaku. ![]() Alat permainan bukan sahaja membentuk memori penting masa zaman kanak-kanak, malah berperanan membantu perkembangan kanak-kanak. Namun, kecederaan barang mainan boleh berlaku. Jadilah ibu bapa yang 'cerewet' apabila memilih alat permainan untuk anak anda. Ambil setiap langkah wajar bagi memastikan alat permainan mereka adalah selamat dan bersesuaian dengan usia serta peringkat perkembangannya. Bahaya Alat Permainan yang Perlu DiawasiBerikut adalah beberapa jenis alatan yang perlu dijauhkan daripada anak kecil anda.
Memilih Permainan yang SelamatLangkah pertama untuk memilih alat permainan selamat adalah dengan membaca label dengan teliti bagi memastikan ia adalah:
Alat Permainan Bersesuaian UsiaBarang mainan bukan sahaja perlu selamat, malah sesuai dengan
usia mereka. Dengan itu, anak anda kurang terdedah kepada
bahaya daripada barang mainan dan boleh gembira bermain serta
memperolehi manfaat daripadanya.
|
“Mama, Tengoklah! Saya Tak Guna Tangan!” Taman permainan adalah tempat untuk kanak-kanak bersuka ria. Tetapi ingatlah; sentiasa lindungi anak anda daripada kecederaan dan bahaya. Oleh Dr Mary Marret, Pakar Runding Pediatrik.
|
|
![]() |
|
Pendaratan Lembut Keadaan: Pilih taman permainan yang tanahnya ditutup dengan alas getah atau mempunyai permukaan berumput. Permukaan ini perlu menjangkau sekurang-kurangnya 6 kaki daripada peralatan mainan. Semasa Bermain:
Buaian Keadaan: Buaian dengan tempat duduk lembut adalah lebih baik. Semasa Bermain:
Gelongsor Keadaan: Gelongsor mestilah suatu struktur teguh yang lengkap dengan penghadang. Semasa Bermain:
Jongkang-jongket Keadaan: Pastikan tiada bahagian yang longgar atau pecah. Jika ketinggian bahagian tengah jongkang-jongket melebihi pinggang atau bahu kanak-kanak, ia perlu berada sekurang-kurangnya 9 kaki daripada peralatan lain. Semasa Bermain:
Peralatan Memanjat Keadaan: Periksa semua peralatan bagi memastikan tiada bucu tajam yang boleh mengakibatkan kecederaan. Semasa Bermain:
|
Pakai
Tali Keledar Belakang Oleh Dr Mary Joseph Marret, Pakar Perunding Pediatrik.
|
Pertama sekali, jangan benarkan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, termasuk anak kecil, duduk di depan! Beg udara penumpang depan mengembung pada kelajuan sehingga 100km/j apabila berlaku kemalangan. Ini boleh mencedera atau membunuh kanak-kanak walaupun dalam pelanggaran pada kelajuan rendah. Kedua, tempat duduk keselamatan kanak-kanak adalah satu kemestian kerana ia adalah penyelamat nyawa yang penting. Jika berlaku perlanggaran, kerusi tersebut akan:
|
|||||
![]() |
|
Jaga Keselamatan Anak Prasekolah Anda Kanak-kanak prasekolah suka
meneroka dan bersuka ria. Inilah Oleh Dr Mary Marret, Pakar Perunding Pediatrik
|
|
![]() |
Di Rumah
Luar Rumah
Tadika
Di Dalam Kereta, Di Jalan Raya
Apabila terjatuh, perhatikan beberapa indikasi di bawah untuk kenalpasti kecederaan. Segera dapatkan bantuan perubatan sekiranya anak anda:
|
|
Basikal Pertama Anak Anda Tanggungjawab kita untuk
memastikan anak kita menunggang Oleh Dr Mary Marret, Pakar Perunding Pediatrik |
| Sesungguhnya, apakah perkara yang lebih hebat daripada mempunyai sepasang set roda untuk meronda? Anak anda pasti riang gembira dengan mendapatkan basikalnya yang pertama manakala anda lebih mengambil berat atas pembelian basikal yang saiznya sesuai dan selamat untuk digunakan. Berikut adalah tip-tip yang boleh membantu: |
|
|
HELMETS ON! |
![]() |
Kanak-kanak Di Dalam Kereta Ikut tip-tip ini untuk memastikan
keselamatan anak - Oleh Dr Mary Joseph Marret, Pakar Perunding Pediatrik
|
|
![]() |
2. Pasangkan tali keledar. 3. Patuhi had laju. 4. Tumpukan perhatian. 5. Berhati-hati. 6. Kuncilah kereta. |
Menyediakan Persekitaran Yang
Selamat Untuk Bayi Anda
|
Bayi yang baru lahir adalah lemah
dan terdedah kepada bahaya. Oleh itu, anda perlu melakukan yang
terbaik untuk melindungi daripada sebarang kecederaan, walau sekecil
mana sekalipun. Tempat terbaik untuk memulakannya ialah di rumah.
Berikut adalah langkahlangkah yang boleh diambil untuk menjadikan
persekitaran si manja lebih selamat pada bulan-bulan terawal. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya Buai dan Katil Buai dan katil orang dewasa tidak selamat untuk bayi. Ramai bayi yang diletakkan dalam buai terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan kepala yang serius akibat terhantuk perabot atau terjatuh dari buai. Pergerakan ke atas dan ke bawah apabila menghayun buai dikatakan boleh menyebabkan pendarahan selaput otak. Jangan sekali-kali meninggalkan bayi berseorangan di atas katil kerana dikhuatiri jatuh. Tip-tip Keselamatan Bayi Yang Lain |
|
|
|
|
MENCEGAH
KEMALANGAN YANG BIASA BERLAKU |
|
![]() |
Perlindungan dan kebebasan perlu diseimbangkan untuk membolehkan anak-anak kita membesar dengan gembira. Kita harus berfikiran jauh dan berusaha untuk mencegah sebarang kemungkinan kemalangan, termasuk mengenepi, mengalih atau menghapuskan bahaya-bahaya yang jelas, khususnya tujuh bahaya yang boleh membawa maut. Di samping itu, kita juga perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi saat-saat kecemasan. Seperti kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”. Simpan peti bantuan kecemasan yang lengkap di rumah dan di dalam kereta. Baca buku, layari internet atau sertai kursus untuk mempelajari cara-cara untuk berdepan dengan masalah anak-anak tercekik, luka berdarah dan keracunan. Jika berminat, anda juga boleh belajar tentang prosedur atau cara-cara untuk memberi bantuan kardiopulmonari (CPR). Jika berlaku kemalangan yang serius, bertindaklah dengan tenang dan pantas. Langkah-langkah pencegahan dan kecemasan yang betul mencukupi untuk menjamin keselamatan anak anda, atau dalam kes-kes yang lebih serius, menyelamatkan nyawanya. 1. TERJATUH & TERGOLEK Buai kain yang digantung pada spring boleh mendatangkan bahaya. Seorang bayi yang sedang nyenyak tidur pernah dilaporkan terjatuh dari buai kain. Spring yang longgar atau membuai dengan terlalu kuat boleh menyebabkan bayi terhentak ke lantai atau terhantuk perabot yang berhampiran. Lebih selamat jika anda menidurkan anak anda dalam kot atau katil bayi. Sebaik-baiknya jangan gunakan ‘walker’ atau kerusi beroda untuk membantu mempercepatkan anak anda belajar berjalan, kerana keberkesanannya sukar dibuktikan. Sebaliknya, ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius. Kerusi beroda boleh terbalik dan menyebabkan kepala anak anda terhentak ke lantai, atau menyebabkan tulangnya patah. Kes roda walker yang tidak direka bentuk dengan betul menggilis jari kaki kanak-kanak pernah dilaporkan. Begitu juga kes bayi yang mati kerana terjatuh dari atas tangga semasa menggunakan walker. Jika anda tinggal di pangsapuri yang tinggi atau rumah bertingkat, pastikan tingkap dan anjung anda dipasang jeriji. Naluri kanak-kanak yang ingin tahu dan meneroka menyebabkan mereka gemar melihat ke luar atau mencuba aksi-aksi seperti Superman. Tanpa jeriji yang selamat, anak anda boleh terjatuh dan menemui ajal. Tangga juga merupakan tempat yang merbahaya. Sebelum anak anda mula merangkak, pasang pintu penghadang keselamatan di bahagian bawah dan atas tangga. Apabila dia sudah bersedia, ajar anak anda cara yang betul untuk naik dan turun tangga, iaitu dengan memegang susur tangga. Kanak-kanak juga boleh terdedah kepada bahaya di taman permainan.
Jadi, sebelum membenarkan anak anda bermain, pastikan keselamatan
semua peralatan yang terdapat di taman permainan. Sebagai contoh,
pemegang pada tepi buaian boleh tercabut, menyebabkan anak anda
tercampak ke Kalau boleh, pilih taman permainan yang mempunyai permukaan yang lebih lembut, seperti taman permainan berumput, berpasir, atau beralas getah, supaya boleh menjadi pengalas jika anak anda jatuh. Apabila membeli-belah di pasaraya, anda boleh menyorong anak anda di dalam troli. Tetapi, jangan lupa memasang tali pinggang keselamatan. Jangan benarkan anak anda terlalu banyak bergerak kerana dia mungkin menggoyangkan troli dan jatuh. Jangan sekali-kali tinggalkan anak anda berseorangan dalam troli. 2. KEMALANGAN JALAN RAYA Kematian disebabkan oleh kemalangan di jalan raya biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak yang berusia bawah 15 tahun. Oleh itu, jangan biarkan anak anda, terutama anak-anak yang masih kecil, merayau di jalan raya sendirian. Apabila berjalan di jalan raya, pastikan anak anda berjalan di sebelah tepi dan anda di tengah, untuk mengelakkan dia merayau terlalu jauh hingga memasuki laluan kereta. Setelah anak anda besar, ajar dia cara melintas jalan dengan selamat. Apabila berada dalam kereta, semua penumpang mesti memakai tali pinggang keselamatan. Letakkan anak anda dalam kerusi kereta khas untuk kanak-kanak sehingga dia cukup besar. Lebih selamat jika anda meletakkannya di kerusi belakang. Sebagai ibu bapa, langkah paling penting ialah memandu dengan cermat dan selamat. Apabila anak anda belajar menunggang basikal, pastikan dia memakai topi keledar untuk menjaga keselamatannya. 3. LEMAS Jangan tinggalkan bayi atau anak kecil anda seorang diri dalam besen mandi. Tutup mangkuk tandas dan kosongkan semua baldi. Anak-anak kecil memang suka bermain air, tetapi tanpa pengawasan mereka boleh lemas, walaupun dalam air sedalam beberapa inci. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri apabila berada dekat dengan kawasan berair, sama ada dekat parit, tasik, kolam renang atau kolam cetek. Di sekitar rumah, jauhkan anak dari longkang besar, dan pastikan tangki pembentungan sentiasa ditutup rapat. 4. KERACUNAN Bayi dan anak kecil biasanya memasukkan barang dalam mulut sebagai cara untuk mencuba atau meneroka benda baru. Ada kalanya, tabiat ini boleh mengakibatkan keracunan yang tidak disengajakan. Elakkan kemalangan seperti ini dengan mengunci semua ubat dalam peti, laci, almari atau tempat yang selamat. Simpan bahan pembersih cecair dan bahan kimia dalam bekas asalnya (bukan dalam botol minuman ringan atau botol jus) dan letakkan jauh dari bekas minuman biasa. Berhatihati apabila menggunakan bebola racun serangga dan produk penjagaan rumah yang mempunyai pakej warna-warni, kerana kanak-kanak mungkin menyangka ia gula-gula atau bungkusan manisan. Beberapa jenis tumbuh-tumbuhan (seperti cendawan dan pokok-pokok yang tumbuh melata) mungkin beracun. Pastikan keselamatannya sebelum anda menanamnya di halaman atau di kebun belakang rumah anda. 5. MELECUR DAN TERBAKAR Kebanyakan kejadian melecur dan terbakar berlaku di dapur. Apabila memasak, letakkan periuk belanga di atas tunku belakang, supaya anak anda tidak dapat mencapainya. Jangan halakan telinga kuali atau tangkai periuk ke depan, supaya ia tidak boleh ditarik oleh anak anda atau anda sendiri tersinggul hingga menyebabkan periuk atau kuali jatuh secara tidak sengaja. Sebelum memandikan anak anda, pastikan air mandinya tidak terlalu panas, kerana kulitnya lebih sensitif daripada kulit anda. Celup tangan anda ke dalam air untuk memastikan tahap kepanasan. Sebaik-baiknya gunakan air suam untuk memandikan anak. Jauhkan mancis dan pemetik api dari anak-anak yang suka menggapai. Jika boleh, pasang pengesan asap di rumah untuk mengurangkan risiko kebakaran. Lakukan ujian pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setahun, untuk memastikan ia dalam keadaan baik. 6. TERCEKIK & TERSEKAT NAFAS Oleh kerana saluran udaranya kecil, anak anda boleh tercekik jika dia cuba menelan objek kecil seperti duit syiling, butang, barang kemas dan mainan. Malah, makanan kecil berbentuk bulat (seperti anggur dan kacang) boleh membawa risiko dan perlu diberikan dengan berhati-hati. Jika anda menggunakan bidai, ikat tali bidai tingkap dengan selamat untuk mengelakkan anak anda tersangkut, tercerut atau tercekik dengan tali itu. Buang atau simpan beg plastik di tempat yang selamat supaya anak anda tidak dapat memasukkannya ke dalam mulut atau menyarungkannya di atas kepala. 7. PENDERAAN Kecederaan paling teruk yang boleh dialami oleh kanak-kanak ada kalanya dilakukan oleh orang yang sepatutnya menyayangi mereka, iaitu ibu bapa atau penjaga mereka. Penderaan bukan sahaja boleh menyebabkan trauma fizikal dan mental, tetapi juga kematian. Jika anda tidak dapat menahan perasaan atau keinginan untuk mendera anak anda, sama ada secara fizikal atau leteran yang menyebabkan penderaan mental, segeralah dapatkan bantuan profesional. |
Rumahtangga,
Tempat Perlindungan Selamat Kanak-kanak Anda |
![]() |
Petikan daripada ‘Child Injury Prevention Guidelines for Malaysian Parents’ oleh MISK* (Make It Safe for Kids), Persatuan Pediatrik Malaysia |
|
![]() |
|
![]() |
|
Keselamatan di Ruang Tamu
Keselamatan di Bilik Air
|
| * MISK adalah program mecegah kecederaan kanak-kanak untuk orang ramai oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dengan usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan sokongan geran daripada Johnson & Johnson. |
Awas! Kanak-kanak Di Dalam Kereta 8 perkara yang perlu diketahui dan diikuti
oleh Oleh Dr Mary Joseph Marret,
Pakar Perunding Pediatrik |
Tahukah
anda bahawa 37% kemalangan jalan raya yang melibatkan penumpang
berumur 19 tahun dan ke bawah telah berakhir dengan kematian?
Memastikan anak anda duduk di dalam kerusi keselamatan setiap
kali menaiki kereta boleh menyelamatkan nyawa dan mencegah anak
anda daripada mengalami kecederaan yang serius jika terlibat dalam
kemalangan. |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
Adakah Ruang Tamu Anda ‘Selamat’? Pernahkah anda terfikir bahawa ruang tamu anda mungkin merbahaya untuk anak anda? Percaya atau tidak, terdapat banyak perkara bahaya yang terdapat dalam “zon selesa” ini. Luangkan masa sebentar untuk memeriksa ruang tamu anda, menggunakan panduan di muka surat ini. Oleh Dr Mary Marret, Pakar Perunding Pediatrik |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| “Make It Safe For Kids” adalah program mencegah kecederaan kanak-kanak untuk orang ramaioleh gabungan Persatuan Pediatrik Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, dengangeran peruntukan daripada Johnson & Johnson |
Bilik Tidur: Sebuah Perlindungan Selamat Oleh Dr Mary Joseph Marret, Pakar Perunding Pediatrik |
| Anak anda menghabiskan
kebanyakan masanya di dalam bilik tidur. Jadi, ambillah langkah berjaga-jaga untuk memastikan bilik anak anda selamat untuk dirinya. |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| Pastikan terdapat laluan kecemasan jika berlaku kebakaran. Pastikan anda boleh membuka satu jeriji tingkap dari dalam bilik. Pilih satu kawasan perhimpunan untuk seluruh ahli keluarga berkumpul jika berlaku kecemasan. |
Lihat Ke Kanan, Kiri & Kanan Semula Mendidik anda dan anak anda untuk bertindak bijak apabila berada di jalan raya. Oleh Dr Mary Joseph Marret, Pakar Perunding Pediatrik |
![]() |
Bayangkan jika anda
tidak mampu menganggar kelajuan dan jarak kenderaan yang sedang
bergerak ke arah anda atau sukar untuk menentukan dari mana datangnya
bunyi kenderaan. Itulah pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak
berumur 10 tahun ke bawah setiap kali kaki kecil mereka melangkah
di jalan raya. Namun begitu, 91% ibu bapa di Malaysia tidak menemani
anak mereka untuk pergi dan pulang dari sekolah! Jangan ambil mudah soal keselamatan anak anda. Sentiasalah menemani anak anda apabila dia berjalan di jalan raya, walaupun untuk jarak yang dekat. Sentiasa pimpin tangannya dan biarkan dia berjalan di sebelah dalam. Lakukannya sehingga anak anda berumur lebih daripada 10 tahun dan sudah boleh memahami peraturan-peraturan jalan raya seperti yang dinyatakan di bawah: |
|
![]() |
|
![]() |
Rayalah Dengan Selamat Apabila anda bertemu sanak saudara di musim perayaan ini, pastikanlah anak-anak anda selamat Oleh Dr Mary Marret, Pakar Perunding Pediatrik
|
Perjalanan selamat Apabila anda menjadi seorang ibubapa, anda perlu memikirkan bukan sahaja keselamatan diri sendiri, tetapi keselamatan anak-anak anda. Ada sesetengah perkara yang tidak boleh dielakkan, namun anda harus melakukan apa yang termampu untuk menghalang kemalangan jalan raya daripada mencederakan atau membunuh anak anda.
|
Makan secara selamat Perayaan (terutamanya perayaan di Malaysia!) selalu merupakan waktu untuk makan dengan banyak. Mungkin semasa makan malam keluarga, anda gembira dapat bertemu dan berbual-bual dengan sepupu anda yang sudah lama tidak bertemu, tetapi jangan lupa mengawasi anak-anak anda makan. Jangan benarkan mereka bermain semasa makan. Hal ini termasuk banyak kerenah di meja makan, bergaduh menggunakan makanan, dan bermain-main dengan makanan. Jika anak anda sudah kenyang, arahkan anak anda meninggalkan meja makan. Sewaktu makan, perhatikan apa yang anak anda makan. Walaupun anak anda biasa makan seorang diri, dia mungkin tidak biasa jika terdapat hidangan baru. Berhati-hati agar tiada tulang atau biji yang kecil dalam makanannya. Bagi memastikan keselamatannya, potonglah segala makanannya menjadi kepingan-kepingan kecil dan pastikan semua bahagian yang berbahaya dikeluarkan dahulu. Perhatikan apa yang dia makan sebelum waktu makan. Ada beberapa jenis makanan ringan yang dihidangkan pada waktu perayaan yang tidak sesuai untuk anak kecil. Makanan tersebut menyebabkan anak anda menghadapi risiko tercekik, atau tercucuk mulut, gusi atau kerongkong. Makanan-makanan ini termasuk:
|
| Bermain selamat, kekal selamat Menziarahi rumah keluarga lama, atau rumah di mana ibubapa anda kini tinggal, memang akan menimbulkan perasaan nostalgia waktu kecil anda. Sementara anda berbual-bual dengan saudara kandung dan sepupu anda yang sudah dewasa, perhatikanlah generasi muda apabila mereka bermain: |
|
![]() |
|
COPYRIGHT © VersaComm SDN BHD, ALL RIGHT RESERVED. Web Design By Big O Solutions.