| Anda perlu bertindak dan memberikan perhatian
kepada status pemakanan anak-anak anda pada hari ini juga. Kegagalan
untuk berbuat demikian akan menjejaskan kesihatan, tumbesaran
dan perkembangan anak-anak anda.
Kanak-kanak adalah masa depan kita, tetapi masa depan mereka
terletak di tangan anda. Dan ia bermula sekarang.
Fakta
Untuk Renungan |
Kajian yang telah dijalankan
pada tahun 1996 dan 2006 oleh Kementerian Kesihatan ke
atas rakyat Malaysia dewasa telah menunjukkan bahawa:
- Peratusan mereka yang berlebihan berat badan meningkat
daripada 16.6% kepada 29.1% dalam masa 10 tahun
- Peratusan obesiti meningkat daripada 4.4% kepada
14.2% dalam masa 10 tahun
- Terdapat masalah kekurangan nutrien yang berterusan
dalam sesetengah golongan masyarakat
Satu lagi laporan terbitan KKM tahun lepas menunjukkan
bahawa sebanyak 15% daripada kanak-kanak Malaysia berusia
antara 1-18 tahun adalah sama ada kekurangan zat atau
terlebih zat.
Berdasarkan kedua-dua kajian yang telah dijalankan, apakah
yang boleh dikatakan tentang masa depan kanakkanak kita? |
Pemakanan Yang Baik Adalah Hak Setiap Kanak-kanak
Tahun-tahun tumbesaran 1-6 tahun merupakan masa yang paling
penting di dalam kehidupan setiap kanak-kanak. Ia sangat mustahak
bagi ibu bapa untuk mula membekalkan pemakanan yang baik kepada
anak-anak mereka sejak lahir bagi mempromosi kesihatan, tumbesaran
dan perkembangan yang optimum (sila rujuk kotak).
Dr Tee E Siong, Presiden, Persatuan Pemakanan Malaysia menekankan
bahawa ibu bapa perlu sedar bahawa hanya terdapat peluang yang
sempit untuk mereka mula memberi makan secara betul kepada anak-anak
mereka semasa tempoh ini.
“Jangan tunggu lagi. Luangkan masa pada hari ini bagi
memastikan segala keperluan pemakanan anak anda dipenuhi,”
ujar Dr Tee yang telah turut menambah bahawa terdapat keperluan
untuk diet beragam serta seimbang dan ibu bapa perlu tahu jenis
makanan yang perlu diberi serta jumlah yang patut diberikan.
Menurut Dr Tee, kepentingan pemakanan kanak-kanak telah diberikan
keutamaan dalam inisiatif Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM)
tahun ini yang telah membawakan tema “Kanak-kanak Sihat,
Negara Lebih Sihat.” Program pendidikan pemakanan tahunan
yang diadakan setiap bulan April sejak 2002 ini telah dianjurkan
oleh Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia
dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia.
“Kami sedar bahawa pemakanan kanak-kanak adalah sangat
penting dan inilah sebab mengapa bermula daripada tahun ini
hingga ke 2010, Bulan Pemakanan Sihat Malaysia akan memfokuskan
pada kanak-kanak dalam tiga golongan usia berbeza.”
Tumbesaran
Semasa Tahun-tahun Tumbesaran |
Semasa usia 1-6 tahun:
- Berat badan akan meningkat sebanyak 2-3kg dan ketinggian
pula sebanyak 6-8cm setahun
- Perkembangan otot-otot untuk kekuatan (apabila kanak-kanak
berusia 5 tahun, 35% daripada berat badannya datang
daripada ototnya)
- Berbilion hubungan saraf di dalam otak akan dibentuk
dengan setiap pengalaman deria yang baru
- Sistem imun menjadi matang
|
Maklumat-maklumat Tepat
Pada tahun 2006, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan Kajian
National Health and Morbidity Survey (NHMS III) ke-3 di seluruh
negara ke atas 22,032 kanakkanak antara usia 0-18 tahun. Keputusan
yang dikeluarkan pada tahun 2008 telah menunjukkan bahawa:
- 13.2% kanakkanak kekurangan berat badan!
- 15.8% kanak-kanak terbantut!
- 5.4% kanak-kanak berlebihan berat badan!
“Mari Berbincang Tentang Kanakkanak!”
Dr Tee E Siong membincangkan Kajian NHMS ke-3 dengan Pengasuhan
Positif.
S: Apakah itu malnutrisi?
J: Tubuh kanak-kanak memerlukan satu rangkaian nutrien-nutrien
penting seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral seperti
zat besi, zink dan kalsium. Malnutrisi berlaku apabila tubuh
hanya memperoleh nutrien-nutrien ini dalam kadar yang terlalu
banyak atau terlalu sedikit, sehingga akhirnya akan membawa
kepada masalah kesihatan.
S: Kajian NHMS ke-3 menyatakan bahawa sejumlah 5.4%
daripada kanak-kanak adalah terlebih berat. Adakah ini satu
masalah yang utama?
J: Ya. Angka ini cukup membimbangkan. Kajian-kajian
lain juga telah menunjukkan peningkatan di dalam obesiti, terutama
sekali di kawasan bandar. Walaupun hanya 5.4%, namun ibu bapa
tidak boleh memandang ringan tentang perkara ini, sebaliknya,
mereka perlu berusaha bersungguh sungguh bagi memastikan anakanak
mereka tidak akan turut menyumbang ke arah peningkatan peratusan
tersebut.
S: Secara lazimnya, terdapat banyak makanan di negara
ini. Namun demikian, masih terdapat 13.2% kanak-kanak yang telah
dikenalpasti kekurangan berat. Mengapa angka ini?
J: Kajian NHMS ke-3 menunjukkan bahawa masalah kekurangan
berat bukan sahaja berlaku di kawasan luar bandar, malah ia
turut berlaku di pusat bandar. Ini membuktikan bahawa kekurangan
berat bukanlah akibat daripada kekurangan makanan, tetapi berpunca
daripada amalan pemakanan yang kurang baik di bandar mahupun
luar bandar. Ramai ibu bapa tidak membekalkan diet yang seimbang
dan beragam serta tidak memastikan waktu makan yang tetap untuk
anak-anak mereka dan ini telah menyebabkan anak-anak mereka
tidak mendapat nutrien yang mencukupi untuk membesar secara
normal dan sihat.
S: Apakah langkah-langkah positif yang ibu bapa boleh
mula hari ini untuk memastikan anak-anak mereka makan secara
sihat?
J: Pertama sekali, ambil tahu tentang keperluan pemakanan
kanakkanak dan cara untuk memberi makanan dengan betul. Berusaha
untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai daripada
pakar kesihatan dan laman web. Seterusnya, amalkan apa yang
dipelajari. Rancangkan pembelian dan hidangan makanan anda,
dan ambil tanggungjawab untuk menentukan hidangan makanan diambil
oleh anak anda setiap hari.
Malnutrisi Boleh Membawa Maut
Pemakanan mempunyai hubungan secara langsung dengan kesihatan,
dan kanak-kanak boleh meninggal dunia apabila berlakunya pemakanan
tidak seimbang. Menurut satu kajian ke atas kematian di bawah
usia lima tahun di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan pada
tahun 2006, pemakanan tidak seimbang merupakan keadaan ketiga
paling lazim yang telah dikaitkan dengan kematian di kalangan
ini.
Dr Hussain Imam Muhammad Ismail, Ketua Jabatan Pediatrik, Hospital
Kuala Lumpur berkata bahawa kajian tersebut telah menunjukkan
bahawa pada tahun tersebut, di dalam 19.8% atau seramai 195
kanak-kanak berusia di bawah lima tahun yang telah meninggal
dunia, malnutrisi telah menyumbang kepada kematian mereka.
Dari segi klinikal, malnutrisi disifatkan sebagai kekurangan
atau berlebihan pengambilan protein, tenaga dan mikronutrien
seperti vitamin, dan mengalami kadar jangkitan and penyakit
yang lebih tinggi abikat malnutrisi. Ia bukan sahaja berlaku
di kalangan kanak-kanak yang kekurangan zat malahan ia turut
berlaku di kalangan yang berlebihan zat. Dalam kedua-dua situasi,
malnutrisi meningkatkan risiko penyakit dan kematian awal.
Menurut Dr Hussain, sebagai contoh, malnutrisi protein-tenaga
di kalangan kanak-kanak yang kekurangan berat badan menyumbang
kepada setengah daripada jumlah keseluruhuan kematian kanak-kanak
bawah umur 5 tahun di negara-negara membangun. “Selain
itu, kekurangan vitamin A merupakan penyebab utama buta di kalangan
kanak-kanak yang boleh dicegah dan meningkatkan risiko kematian
dan penyakit daripada jangkitan serius.”
Satu lagi hujung skala maltnutrisi adalah berlebihan berat
badan dan obesiti. Ini berlaku apabila kanak-kanak memakan terlalu
banyak kalori (berlebihan nutrien) dan tidak menjalankan aktiviti
fizikal yang mencukupi. Beliau berkata bahawa kanak-kanak yang
berlebihan berat badan dan gemuk lebih berkemungkinan untuk
terus menjadi gemuk di zaman dewasa dan untuk mendapat penyakit
tidak berjangkit seperti penyakit jantung, diabetis dan tekanan
darah tinggi pada usia yang lebih muda.
“Tidak menghairankan bahawa obesiti di kalangan kanak-kanak
dikaitkan dengan risiko kematian awal and kekurangan upaya yang
lebih tinggi apabila dewasa,” katanya. Tambahan pula,
kebanyakan penyakit tidak berjangkit disebabkan obesiti, risikonya
banyak bergantung pada umur bermulanya obesiti dan tempoh jangkamasanya.
Tahukah
anda?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
sebanyak 22 juta kanak-kanak di bawah
umur 5 tahun di dunia berlebihan berat badan
pada tahun 2007, dengan lebih daripada 75%
daripadanya hidup di negara berpendapatan
rendah dan sederhana. |
Jangan Tunggu Lagi, Mulakan Hari Ini Juga!
Tidak sukar untuk membekalkan makanan yang baik di dalam jumlah
yang betul kepada kanakkanak, kata pakar pemakanan, Profesor
Madya Dr Norimah Karim.
“Anda hanya perlu ingat Kepelbagaian, Keseimbangan dan
Kesederhanaan,” ujar beliau. “Jika anda terlalu
sibuk dengan kerja atau tanggungjawab lain, anda boleh menjadikan
ketiga-tiga aspek asas pemakanan yang baik untuk kanak-kanak
ini sebagai sebahagian daripada kehidupan harian anda dengan
mengamalkan beberapa langkah yang mudah (rujuk kotak).”
RIngat Kepelbagaian, Keseimbangan Dan Kesederhanaan!
- Bekalkan Pelbagai Jenis Makanan
“Tubuh-tubuh kecil mempunyai banyak keperluan dan memerlukan
pelbagai nutrien-nutrien penting. Jenis dan jumlah nutrien
akan berbeza dari makanan ke makanan, jadi pastikan terdapat
kepelbagaian dalam diet anak anda.”
- Pastikan Hidangan Yang Seimbang
“Diet anak anda perlu mengandungi gabungan seimbang
yang terdiri daripada makanan karbohidrat kompleks (seperti
nasi, mi dan bijirin sarapan), buah-buahan dan sayuran (untuk
vitamin dan mineral), makanan yang kaya dengan protein (seperti
ayam itik, daging, ikan dan telur) serta susu dan produk tenusu
(untuk kalsium dan vitamin dan mineral lain).”
- Amalkan Kesederhanaan Apabila Memberi Makan
“Makanan yang terlalu sedikit atau terlalu banyak boleh
mengakibatkan masalah kesihatan, jadi ajar anak anda untuk
makan secara sederhana daripada kecil lagi. Mempunyai waktu
makan yang tetap, tidak meninggalkan waktu makan dan tidak
terlebih makan juga adalah amalanamalan yang penting.”
Sibuknya
Ibu! |
Berikut merupakan perkara
yang boleh anda lakukan jika terlalu sibuk dengan kerja
dan sukar untuk membekalkan pemakanan yang baik untuk
anak anda:
- Rancang menu hidangan – Ini
membolehkan anda mengawal dan mengatur menu mingguan
bagi memastikan anak anda akan mendapat sesuatu yang
berbeza dan berkhasiat setiap hari. Ia juga memastikan
anda boleh menggilir hidangan, mencuba pelbagai gaya
memasak serta menjimatkan masa.
- Didik pembantu rumah anda –
Ajar pembantu rumah anda tentang prinsip pemakanan sihat
dan bincangkan menu hidangan mingguan anda bersamanya.
Anda juga boleh memberi maklum balas kepadanya apabila
pembantu rumah anda telah masak secara tidak betul seperti
terlalu masin atau terlalu berminyak.
|
Makan Bersama Keluarga Mewujudkan Keluarga Bahagia
Untuk keberkesanan makan secara sihat, anda perlu menerapkan
prinsip-prinsipnya ke dalam gaya hidup keluarga anda, kata Dr
Anjli Doshi-Gandhi, Timbalan Ketua Pengarah, Lembaga Penduduk
dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Malaysia.
Beliau berkata bahawa satu cara untuk berbuat demikian adalah
dengan makan bersama. Ini bukan sahaja akan merapatkan hubungan
semua ahli keluarga, malah ia turut menawarkan banyak kebaikan
positif lain, termasuk membolehkan anda memfokus pada anak-anak
anda serta meluangkan masa berkualiti bersama mereka.
“Apabila makan bersama, anda juga boleh membuat pilihan
makanan yang baik untuk si manja anda dan menanam sikap serta
tabiat makan yang betul,” ujar beliau sambil menambah
bahawa ibu bapa juga perlu berusaha sedaya upaya untuk menyemai
tabiattabiat makan yang baik dalam kanak kanak daripada usia
yang muda.
Makan bersama menjadikan anda lebih sensitif terhadap masalahmasalah
anak-anak anda, kata Puan Norsheila Abdullah, Presiden, Persatuan
Pengasuh Berdaftar Malaysia.
“Waktu makan keluarga akan menjadikan anda lebih menyedari
tentang kerenah anak-anak anda,” ujar beliau. “Jika
si manja anda sedang murung atau sedih tentang sesuatu, maka
anda akan lebih bersedia untuk melakukan sesuatu menanganinya.”
Puan Norsheila juga menambah bahawa oleh kerana kanak-kanak
mudah terpengaruh dan memandang tinggi ibu bapa mereka maka
anda perlu sentiasa membuat pilihan makanan yang betul dan mengamalkan
tabiat makan yang sihat.
“Sebagai contoh, jika anda makan di hadapan televisyen
atau makan pada waktu yang tidak tetap, maka ada kemungkinan
besar yang anak anda juga akan mengikut tingkah laku anda,”
kata beliau. “Mereka akan bertanggapan bahawa jika mama
atau abah mereka boleh berbuat demikian, saya juga boleh melakukannya!”
Pengetahuan Tentang Pemakanan Adalah Penting
Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail, Mantan Presiden, Persatuan
Pediatrik Malaysia & Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pengasuhan
Positif, semua ibu bapa ingin memberikan yang terbaik kepada
anak-anak mereka tetapi di dalam hal pemakanan yang baik, tidak
ramai yang tahu di mana atau bila untuk bermula.
“Membekalkan pemakanan yang baik dan menyemai tabiat
makan sihat tidak akan datang secara semulajadi kepada ramai
ibu bapa,” ujar beliau. “Itulah sebab mengapa mereka
perlu berusaha untuk belajar tentang pemakanan demi kebaikan
anak-anak mereka.”
Datuk Dr Zulkifli juga berkata bahawa ramai ibu bapa tidak
mempunyai masa untuk memberi perhatian pada makanan atau tabiat
makan anak-anak mereka. Beliau turut menambah bahawa adalah
sukar bagi ibu bapa untuk mengubah tabiat makan yang tidak sihat
setelah anak-anak mereka melepasi tahun-tahun tumbesaran mereka.
Menurut Datuk Dr Zulkifli, program Pengasuhan Positif dan juga
inisiatif Bulan Pemakanan Sihat Malaysia berfungsi sebagai satu
titik permulaan dan beliau turut menambah bahawa program program
seperti ini akan membekalkan pengetahuan, maklumat dan nasihat
pakar yang membolehkan ibu bapa memberikan pemakanan yang optimum
kepada anak-anak mereka.
Ibu bapa juga perlu melayari web Kementerian Kesihatan dan
pihak-pihak berwibawa tempatan/antarabangsa yang dikendalikan
oleh organisasi-organisasi kesihatan profesional. “Anda
perlu mencuba sendiri untuk mencari sebanyak mana maklumat yang
anda boleh,” tekan beliau. “Hanya dengan cara ini
sahajalah anda akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk mengoptimumkan kesihatan dan kesejahteraan
anak anda.”
|