


Komplikasi Semasa Bersalin Adakah anda berisiko tinggi? Oleh Dr Tan Ay Eeng, Perunding Obstetrik dan Ginekologi
|
Tidak kiralah anda mengandung anak pertama, kedua ataupun ketiga, semua ibu akan merasa cemas apabila menghampiri waktu bersalin. Kehamilan memang perkara lazim kepada wanita, tetapi setiap wanita mempunyai reaksi berbeza semasa bersalin. Walaupun kebanyakan wanita tidak mengalami banyak masalah apabila bersalin; namun ada juga yang akan mengalami komplikasi semasa bersalin. Kesusahan janinKesusahan janin bermakna bayi sedang mengalami kesusahan di dalam rahim. Kontraksi semasa sakit bersalin akan mengurangkan aliran darah (dan juga oksigen) kepada bayi buat seketika, dan aliran darah akan meningkat semula apabila rahim berehat antara kontraksi. Kontraksi biasanya tidak akan mendatangkan masalah kepada kebanyakan bayi; tetapi ia boleh menjejaskan sesetengah bayi. Risikonya lebih tinggi jika:
Keadaan kesihatan ibu, seperti diabetes atau penyakit buah pinggang boleh mengakibatkan kesusahan janin. Bayi yang tidak sihat, seperti yang menghidap penyakit diwarisi, ketidaknormalan, jangkitan, atau menunjukkan tindak balas yang tidak baik terhadap ubat tertentu yang diberi kepada ibu, boleh turut menjejaskan janin. Posisi bayi yang tidak normalPosisi yang paling lazim dan ideal adalah apabila bayi menghadap belakang ibu, dengan muka dan tubuhnya mengiring, leher ke hadapan dan kepala di bawah. Ada juga posisi-posisi lain yang tidak normal dan boleh menyebabkan kelahiran dan bersalin lebih sukar.
Di dalam kehamilan di mana bayi dalam posisi songsang, doktor akan berusaha memusingkan bayi di dalam minggu ke 37 dan 38, supaya kepalanya akan turun ke bawah. Doktor biasanya akan mengesyorkan kelahiran caesarean jika posisi songsang berlaku semasa sakit kelahiran bermula. Kelahiran normal apabila bayi dalam posisi songsang boleh mengakibatkan kecederaan atau di dalam sesetengah kes, kematian bayi. Bagi bayi dengan masalah distosia bahu pula, doktor akan cuba membebaskan lengan yang berkenaan. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf atau patah lengan atau tulang selangka. Suatu potongan untuk membesarkan pembukaan faraj (episiotomi) boleh dibuat untuk membantu kelahiran. Dalam kes kesusahan janin atau sakit kelahiran yang terlalu lama, doktor boleh membantu kelahiran dengan menggunakan alat vakum, forceps atau pembedahan caesarean kecemasan jika perlu. Apakah punca komplikasi-komplikasi ini?Komplikasi-komplikasi ini boleh berpunca daripada masalah kesihatan ibu, seperti diabetes. Walaupun menghidap diabetes semasa hamil bukan lagi sesuatu yang luar biasa; namun anda masih perlu mengawal paras glukosa darah anda. Kawalan glukosa darah yang tidak baik boleh mengakibatkan bayi yang lebih besar dan mendatangkan masalah semasa kelahiran. Bayi yang lebih besar berisiko tinggi untuk songsang dan mengalami kecederaan semasa kelahiran. Pemakanan yang tidak baik pula boleh mengakibatkan bayi yang lebih kecil dan meningkatkan risiko kekurangan isipadu cecair (cecair aminiotik yang kurang), kesusahan janin atau posisi tidak normal. Distosia bahu biasanya lebih lazim di dalam bayi yang lebih besar. Ia juga lebih lazim di dalam wanita obes, penghidap diabetes atau pernah melahirkan bayi dengan distosia bahu. Jangan ambil risikoKehamilan yang tidak bermasalah masih boleh mengalami komplikasi semasa sakit bersalin. Berusahalah untuk mengurangkan risiko komplikasi semasa bersalin. Jaga kesihatan anda, amalkan gaya hidup sihat yang melibatkan diet dan senaman, dan pantau sebarang masalah kesihatan seperti diabetes. Jangan ambil risiko apabila ia melibatkan kesihatan dan perkembangan si manja anda! |
Kelahiran Normal Selepas Pembedahan Caesarean? Oleh Profesor Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Obstetrik dan Ginekologi.
|
|
Persediaan Untuk Kehamilan Oleh Prof Dr Muhammad Abdul
Jamil Mohd Yassin, (Pakar Perunding Obstetrik dan |
Sekiranya anda sedang merancang untuk menimang cahaya mata (tidak kira dalam masa yang terdekat atau beberapa tahun lagi), anda seharusnya menilai cara hidup anda dan mula menyediakan diri anda untuk menghadapi kehamilan. Status kesihatan dan cara hidup anda sangat mempengaruhi kehamilan serta kelahiran, samada anda akan mengalami masalah atau peluang melahirkan bayi yang sihat dan normal. Berikut merupakan cadangan-cadangan bernas yang seharusnya ada dalam setiap perancangan kehamilan yang bijak: |
Jangan Tunggu Terlalu Lama
Dapatkan Berat Badan yang Sihat
|
|
|
|
![]() |
|
|
|
|
|
|
Kekalkan Cergas!
|
| Kekalkan Sihat
|
Fakta Mengenai Merokok Bilangan gadis dan wanita yang mula merokok
semakin meningkat, malah kadar peningkatan jauh melebihi kaum
lelaki. Wanita yang merokok semasa hamil akan menghadapi risiko
tinggi:
|
Benar atau Palsu? Menentukan sama ada kontraksi anda menandakan sudah tiba waktu bersalin Oleh Prof Madya Dr Tan Ay Eng |
| Pada tahun 1872, seorang doctor pakar obstetrik (kebidanan) bernama Dr John Braxton Hicks telah menggambarkan “kontraksi palsu” yang berlaku sebelum seseorang wanita benar-benar telah sampai waktu bersalin. Kini, anda sudah tahu asal-usul nama kontraksi palsu yang selalu mengganggu dan kadang kala menakutkan anda, jadi sekarang anda boleh mempelajari perbezaan antara kontraksi benar dan kontraksi Braxton Hicks. | ![]() |
|
| Jika ragu-ragu, teruslah ke hospital! Jika anda pasti benar-benar hendak bersalin, teruslah ke hospital. Walaupun anda mungkin salah, tetapi sekurangkurangnya doktor dapat mengesahkan anda belum tiba waktu bersalin, dan yang paling penting, jika benar anda akan bersalin, anda akan rasa lega kerana dapat sampai ke hospital tepat pada masanya! Jika kehamilan anda kurang daripada 35 minggu dan kontraksi berlaku 4-6 kali sejam, selama 30 saat setiap kali, berehatlah, keraplah mengubah posisi badan dan minum air. Teruslah ke hospital jika kontraksi tetap berterusan. |
Tiba Masanya Menimang Cahayamata “Mengetahui apa yang
patut dijangka selalu membolehkan anda bersedia dengan lebih baik,
|
|
![]() |
Membuat persediaan yang wajar, dan memahami
apa yang akan mungkin berlaku semasa proses kelahiran dan menyakini
kebolehan dan kewibawan pakar obstetrik anda, akan membantu
mententeramkan fikiran anda serta membolehkan anda menumpukan
perhatian terhadap kelahiran bayi. Pada fasa aktif, (pembukaan serviks 4 hingga 10 sm), kontraksi
menjadi lebih kerap (setiap 2 hingga 5 minit) dan setiap kontraksi
berlangsung selama 40 hingga 60 saat. Cubalah bernafas lebih
cepat dan dalam-dalam sekarang. Setiap kali anda menarik nafas,
bilang “satu-dua” sebelum menghembus keluar. Bilang
“satu-dua” lagi sebelum menarik nafas yang seterusnya.
Lakukannya selama mana yang anda rasa perlu.
|
Sakit Dalam Kehamilan Bukan semua sakit abdomen dalam kehamilan, merbahaya. Oleh Prof
Madya Dr Tan Ay Eng |
Walaupun setiap kehamilan adalah berbeza, namun
sakit abdomen adalah rungutan biasa ibu-ibu hamil. Mungkin ia
adalah tanda kepada sesuatu yang serius, tetapi biasanya ia merupakan
reaksi badan terhadap pelbagai perubahan yang dialami semasa kehamilan.
|
|
![]() |
|
|
Melegakan sakit perut
|
|
Bersalin Cara Mudah Dan Tanpa Kesakitan Sakit bersalin boleh menjadi satu yang menyakitkan wanita tetapi kini terdapat beberapa kaedah melegakan kesakitan yang boleh anda gunakan. Oleh Dr Mohamed Namazie
Ibrahim, Pakar Perunding Anestesiologi |
Kesakitan bersalin yang anda rasai sebenarnya mempunyai maksud
di sebaliknya: setiap kontraksi akan membawa anda lebih dekat
dengan kelahiran bayi anda. Sama ada anda memilih kaedah pelega
kesakitan atau tidak, ia semua bergantung kepada keupayaan anda
berhadapan dengan kesakitan.
|
|
![]() |
Tip Berguna:
|
|
![]() |
| Tip Berguna: Sedut entonoks sedalamnya setiap kali anda terasa kontraksi akan bermula kerana ia mengambil masa setengah minit untuk mula bertindak menghilangkan kesakitan anda. |
‘Pethidine’ Ini merupakan kaedah di mana ubat narkotik akan disuntik di punggung atau peha. ‘Pethidine’ ialah pelega kesakitan dan juga sedatif. Oleh kerana ia boleh menyebabkan anda berasa loya dan muntah-muntah, sejenis ubat lain perlu digunakan untuk mengurangkan kesan sampingan ini. Ia mengambil masa 20 minit untuk ‘Pethidine’ mula bertindak dan kesannya berbeza bagi setiap wanita – sesetengah akan berasa mengantuk, yang lainnya pula akan berasa lebih cergas. Jika digunakan hampir waktu bersalin, ia boleh menyebabkan bayi berasa mengantuk. Tip Berguna: Gunakan teknik pernafasan sebelum ubat tersebut mula bertindak. Bincang segala kebaikan dan kelemahan setiap pelega kesakitan dengan doktor sebelum memilih yang terbaik untuk anda. |
Hari Yang Penting Sediakan diri untuk hari kelahiran bayi anda! Oleh Prof
Madya Dr Zaleha Abdullah Mahdy, Pakar Obstetrik & Ginekologi |
|
![]() |
Yang mana jalan keluar? Ramai wanita menganggap melahirkan anak secara ‘semulajadi’
(melalui faraj) sebagai pilihan mereka. Para doktor bersetuju
bahawa ini masih merupakan cara yang paling selamat, melainkan
ibu atau bayi mengalami masalah yang boleh membahayakan kelahiran
secara semulajadi. Kadang-kala, doktor mungkin akan mengesyorkan
kelahiran melalui pembedahan Caesarean (pembedahan untuk melahirkan
anak melalui potongan yang dibuat pada abdomen dan rahim) yang
dirancang kerana sebab-sebab tertentu, termasuk: |
|
| Bagaimana untuk mengetahui
bila masanya?
Anda tidak perlu menunggu kesemua gejala-gejala
di atas berlaku sebelum ke hospital atau pusat bersalin. Sebaik
sahaja anda dapat merasa sudah hendak bersalin, terus sahaja
ke sana. Mungkin terasa memalukan jika didapati anda bukan benar-benar
hendak bersalin, tetapi sekurangkurangnya doktor dapat memeriksa
dan memastikan segalanya baik sebelum membenarkan anda pulang
untuk menunggu sedikit masa lagi. |
|
Kadang-kala, dalam peringkat kedua proses
bersalin, kelahiran bayi memerlukan bantuan doktor dengan
menggunakan alat forseps atau vakum kerana sebab-sebab tertentu
seperti penurunan kadar degupan jantung bayi yang berpanjangan
atau berulang kali, atau apabila peringkat kedua mengambil
masa yang terlalu lama, justeru meletihkan ibu dan bayi.
|
| Kelegaan kesakitan |
| |
|
![]() |
| Episiotomi Apabila kepala bayi telah kelihatan, ada risiko perineum (kawasan antara vulva dan rektum) akan koyak. Jika doktor merasa risiko berlakunya koyakan agak tinggi, episiotomi mungkin diperlukan. Ini merupakan potongan yang dibuat pada perineum, setelah diberi bius setempat, untuk mengelakkan kerosakan teruk akibat koyakan yang tidak terkawal. Doktor akan membaiki kawasan tersebut dengan beberapa jahitan selepas kelahiran bayi anda, tanpa mengira sama ada ia terjadi akibat terkoyak ataupun episiotomi. Lazimnya, dengan kelahiran kedua dan seterusnya, episiotomi sudah tidak diperlukan lagi. |
| |
| Pembedahan Caesarean
|
|
COPYRIGHT © VersaComm SDN BHD, ALL RIGHT RESERVED. Web Design By Big O Solutions.