Medical Conditions
  • Infeksi Terhadap Bayi Dalam Kandungan
  • Hamil Dan Dengan Anak Prasekolah
  • Kecacatan kelahiran kromosomal dan genetik
  • ## Pregnancy & pre-existing Keadaan Perubatan
  • Saya hamil tetapi mengapa masih lagi datang bulan?
  • Memahami pra-eklampsia


  • Penjagaan Kehamilan
  • Pemakanan Kehamilan
  • Bersalin & Kelahiran
  • Keadaan Perubatan
  • Penjagaan Selepas Bersalin
  • Asuhan
  • Suami Isteri
  • Kewangan
         


Infeksi Terhadap Bayi Dalam Kandungan
Virus, bakteria dan parasit. Bakal ibu sepatutnya berwaspada
dengan organisma tersebut sewaktu menjangka kelahiran bayi.

Oleh Profesor Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Obstetrik dan Ginekologi

 

Waktu kehamilan penuh dengan harapan. Tempoh ini juga merupakan masa genting untuk pencegahan dan penjagaan rapi kerana bayi dalam kandungan rentan terhadap jangkitan penyakit yang serius. Jangkitan yang paling lazim berlaku adalah seperti:

  • Cacar air yang disebabkan oleh virus varicella zoster. Jangkitan cacar air pada minggu ke-13 hingga ke-20 kehamilan akan mengakibatkan 1% hingga 2% risiko untuk bayi mengalami masalah mata, kelumpuhan atau kecacatan anggota badan, atau kerosakan otak. Tiada risiko selepas 20 minggu. Namun, jangkitan cacar air dalam lingkungan tujuh hari sebelum lahir boleh menyebabkan bayi baru lahir menghidapi cacar air yang teruk.
 
  • Rubella boleh mengakibatkan keguguran, bayi lahir mati, atau kecacatan kelahiran seperti kepekakan, kerosakan otak, keabnormalan jantung dan katarak. Jika ibu menghidapi jangkitan pada 12 minggu pertama kehamilan, lebih daripada 70% bayi terlibat dengan tahap tidak normal yang berbeza.

  • Sitomegalovirus merupakan penyakit “senyap” yang tersebar melalui air liur atau urin kanak kanak bawah enam tahun melalui perkongsian makanan, minuman dan peralatan makan, atau mencium mulut dan pipi mereka. Simptom bayi yang dijangkiti sitomegalovirus termasuk masalah hati, peparu dan limpa, jaundis, masalah penglihatan, kepala yang kecil dan kerencatan mental, kekurangan koordinasi, sawan dan maut.

  • Hepatitis bermaksud keradangan hati. Bayi dalam kandungan yang dijangkiti Hepatitis B (HBV) berkemungkinan mendapat infeksi HBV kronik, sirosis hati atau barah hati.

  • Herpes merupakan penyakit jangkitan melalui sex. Herpes genital yang aktif boleh merebak kepada bayi semasa bersalin dan boleh membawa maut. Kelahiran melalui pembedahan caesarean dicadangkan.

  • Toxoplasmosis adalah jangkitan yang disebabkan oleh Toxoplasma gondii, sejenis parasit yang terdapat dalam najis kucing. Bayi yang dijangkiti menunjukkan simptom chorioretinitis (kerosakan mata), pembesaran hati dan limpa, jaundis, sawan, kepala kecil atau besar yang dipenuhi bendalir dan/atau kerosakan otak.

 

Hamil Dan Dengan Anak Prasekolah

Walaupun kehamilan merupakan saat indah dan mendebarkan, mempunyai
anak prasekolah pada masa ini meninggikan risiko anda mendapat jangkitan.

Oleh Profesor Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Obstetrik dan Ginekologi

 

Sebagai ibu hamil kepada anak prasekolah, anda perlu menjaga kandungan anda sambil memenuhi permintaan anak anda. Satu perkara yang biasanya terlepas pandang ialah anda mudah terkena jangkitan disebabkan pendedahan anak anda di tadika. Langkah pencegahan diperlukan pada masa ini untuk menghindar kesan jangkitan berbahaya daripada memudaratkan bayi dalam kandungan.

Jangkitan Sederhana

Jangkitan Saluran Penafasan Atas (URTI) amat mudah berjangkit kerana jangkitan virus ini menyebar melalui udara. Demam selesema merupakan contoh yang paling biasa bagi URTI. Walaupun jenis jangkitan ini tidak mengancam wanita hamil, sesetengah virus ini didapati menjadi penyebab keguguran atau kecacatan bayi.

Parasit dan penyakit kulit seperti kudis buta dan kutu badan berjangkit dengan mudah daripada anak kepada ibu melalui sentuhan fizikal. Kudis buta disebabkan oleh tungau di bawah lapisan kulit atas, menyebabkan kegatalan dan tanda merah kecil pada kulit. Kutu, sejenis parasit yang menghisap darah manusia, mudah berjangkit melalui sentuhan kepala ke kepala, berkongsi sikat, berus atau topi.

Jangkitan Serius

Cacar air ialah jangkitan virus Varicella yang mudah berjangkit dan tersebar melalui pernafasan dan sentuhan. Anda berisiko dijangkiti sekiranya anak anda mendapatkannya daripada kanak-kanak lain di prasekolah. Wanita hamil yang dijangkit berisiko menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami kecacatan. Oleh itu, anda perlu mendapatkan vaksinasi cacar air sebelum kehamilan sekiranya anda tidak pernah dijangkiti, terutamanya jika anak anda tidak mempunyai sejarah jangkitannya. Sila rujuk mukasurat 27 untuk penerangan mendalam mengenai cacar air dan kesannya terhadap orang yang dijangkiti.

Rubela biasanya tersebar melalui sentuhan, terutamanya dalam persekitaran tertutup seperti di prasekolah. Gejala jangkitan ini termasuk demam, selesema, kelenjar limfa bengkak dan ruam. Tanda-tanda sederhana ini mungkin menjangkiti anak anda tanpa disedari dan berisiko menjangkitkan anda. Rubela merupakan faktor utama kecacatan bayi. Anda perlu mengambil ujian immuniti rubela sebelum hamil. Jika tidak dikesan, anda perlu mendapatkan vaksinasi.

Campak amat mudah berjangkit kerana tersebar melalui titisan air dan sentuhan. Gejalanya termasuk bintik kecil pada mulut, tompokan ruam merah pada kulit, demam, batuk dan mata merah. Wanita hamil yang dijangkiti campak berisiko menjangkit kepada bayi dalam kandungan, menyebabkan keguguran, lahir tidak cukup bulan atau mati bila dilahirkan. Jika anda tidak pernah mendapat campak sebelum ini, dapatkan vaksinasi campak sebelum hamil.

 
Elakkan Jangkitan
  1. Jaga kesihatan anda dan keluarga.
  2. Dapatkan nasihat doktor tentang vaksinasi sebelum hamil.
  3. Sentiasa basuh tangan dengan menggunakan air dan sabun.
  4. Oleh kerana virus mudah tersebar melalui air liur dan air kencing, elak dari berkongsi peralatan dengan anak anda walaupun tiada tanda dia dijangkiti penyakit.
  5. Jauhkan diri daripada orang yang kelihatan tidak sihat, walaupun selsema sahaja.
 
 

 
Oleh Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Prof Dr Muhammad Abdul Jamil Mohd Yassin,
Pakar Neonatologi Dr Musa Nordin & Pakar Pediatrik Prof Dr Zulkifli Ismail

 

Kecacatan kelahiran adalah penyebab utama kematian bayi di tahun pertama hidupnya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mencegah, atau membantu anda menyediakan diri menghadapi, sesejenis kecacatan kelahiran yang disebabkan faktor genetik.

Faktor-faktor Risiko
Kecacatan kelahiran adalah keganjilan di dalam struktur fizikal, fungsi atau metabolisma bayi yang sedia ada ketika bayi dilahirkan dan boleh menyebabkan kecacatan fizikal dan mental, atau kematian. Kebanyakan kes kecacatan kelahiran tidak mempunyai sebarang punca yang ketara atau disebabkan kombinasi genetik (atau keturunan), bukan genetik dan keadaan alam sekitar. Antara faktor-faktor risiko termasuk:

  • Umur ibu mengandung (risiko kecacatan kelahiran meningkat selepas umur 35 tahun).

  • Kecacatan atau gangguan kromosom atau gen ibu bapa.

  • Penyakit yang dialami si ibu yang mengandung (seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung).

  • Jangkitan yang dialami si ibu menjangkiti bayi (seperti rubella atau toksoplasmosis, sejenis jangkitan parasit dari najis kucing).

  • Ubat-ubatan yang diambil si ibu.

  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol oleh si ibu.

  • Menghisap rokok.

  • Si ibu terdedah kepada agen-agen yang dikenalpasti boleh menyebabkan kecacatan kelahiran (seperti raksa metil, plumbum dan radiasi).

Walaupun sukar untuk memastikan sama ada anda mempunyai risiko melahirkan bayi yang mempunyai kecacatan kelahiran, doktor anda akan membantu anda mengenalpasti risiko-risiko yang boleh dikesan. Dia akan ‘menemuramah’ anda tentang gaya hidup, sejarah perubatan anda, sejarah penyakit kronik keluarga anda dan sebagainya. Jawapan yang setepat dan selengkap mungkin adalah sangat penting.

Kecacatan Kelahiran Akibat Gen
Terdapat dua jenis punca genetik yang menyebabkan kecacatan kelahiran – (1) keganjilan di dalam nombor struktur kromosom yang melengkapkan gen anda dan (2) gangguan di dalam satu gen yang anda bawa. Gangguan genetik juga boleh berlaku secara mutasi spontan kepada telur atau sperma setelah persenyawaan.

Apakah Keganjilan Kromosom?
Kromosom, yang menyimpan maklumat genetik, adalah struktrur berbentuk batang di tengah-tengah (nukleus) setiap sel di dalam badan kita. Sel manusia yang normal mengandungi 46 kromosom dan biasanya berbentuk dalam pasangan.

Sesetengah keganjilan kromosom termasuklah:

  • Sindrom Down (trisomi 21). Ini adalah gangguan kromosom yang paling biasa berlaku. Kanak-kanak dengan Sindrom Down mempunyai tiga kromosom nombor 21, lebih satu dari jumlah normal iaitu dua. Kanakkanak dengan Sindrom Down mempunyai penampilan wajah yang ketara (kepala kecil, bentuk muka yang leper dan mata yang sepet ke atas) dan masalah fizikal dan kecacatan mental yang berbeza-beza.

  • Trisomi 18 dan 13. Kanak-kanak dengan gangguan sebegini mempunyai tiga kromosom nombor 18 (Sindrom Edward). Sejenis lagi keadaan yang agak jarang berlaku ialah tiga kromosom nombor 13 (yang dikenali sebagai trisomi 13 atau Sindrom Patau). Kedua-dua gangguan ini mempunyai kesan fizikal dan mental yang mendalam dan bayi biasanya jarang hidup melebihi usia dua tahun. Kedua-dua keadaan ini adalah gangguan kromosom yang serius dan kebanyakan bayi mati dalam kandungan atau sejurus selepas kelahiran.

  • Gangguan kromosom jantina. Ini berlaku apabila bayi dilahirkan dengan lebih atau kurang kromosom jantina (X atau Y). Gangguan sebegini boleh menyebabkan kesukaran atau masalah untuk belajar, tingkahlaku dan kesuburan.

Apakah Gangguan Gen Tunggal?
Gen adalah molekul DNA yang menentukan ciri-ciri yang akan diwarisi oleh bayi dari ibu bapa. Gen terkandung di dalam tempat yang tertentu (seperti kacang dalam kulitnya) di dalam kromosom dan selalunya sepasang, satu dari ibu dan satu dari bapa.

Terdapat tiga jenis gangguan gen tunggal:

  • Gangguan gen resesif. Ini berlaku apabila ibu dan bapa menyumbang gen yang telah berubah, seterusnya menjadikan pasangan gen itu luar normal. Sesetengah bangsa atau kumpulan etnik mempunyai risiko yang lebih tinggi dari yang lain untuk mengalami gangguan resesif sebegini. Jika anda atau pasangan mempunyai sejarah keluarga yang mengalami gangguan resesif genetik, kedua-duanya perlu mengambil ujian darah bagi memeriksa sama ada anda pembawa gangguan tersebut. Jika kedua-duanya merupakan pembawa risiko warisan boleh dihitung dan anda mungkin dinasihati supaya menjalani pemeriksaan khas semasa mengandung seperti amniosentesis atau CVS (chorionic villus sampling) untuk memastikan sama ada janin anda terjejas.
Talasemia adalah sejenis gangguan resesif yang biasa dialami penduduk negara-negara Asia Tenggara dan Mediterranian. Ia menjejaskan darah, di mana sel darah merah tidak mampu membawa cukup oksigen untuk keperluan tubuh badan. Kanakkanak dengan talasemia major (salah satu jenis talasemia) biasanya mati antara umur 1 hingga 8 tahun, jika tidak dirawat. Pasangan yang mempunyai sejarah keluarga dengan talasemia digalakkan membuat pemeriksaan saringan talasemia sebelum membuat keputusan untuk menimang cahayamata. Kedua-dua ibu bapa yang pembawa talasemia ada risiko 25% anak kandungan tiap-tiap kehamilannya mengidap talasemia major.

  • Gangguan gen dominan berlaku apabila hanya satu gen di dalam pasangan itu yang berubah. Tetapi gen yang berubah ini mendominasi gen satu lagi yang normal. Bayi boleh mewarisi gangguan gen dominan dari ibu atau bapanya (peluangnya adalah 50%) atau mendapat gangguan ini secara sendiri (akibat mutasi gen bayi itu sendiri, telur si ibu atau sperma si bapa).
Akondroplasia adalah keadaan tulang yang sangat jarang berlaku di mana kaki dan tangan sangat pendek. Ia berlaku akibat gangguan gen dominan dari sperma si bapa yang telah lanjut usia.

Huntington’s chorea (Penyakit Huntington’s) adalah satu lagi contoh gangguan gen dominan. Penyakit yang merosot sedikit demi sedikit ini akan menyebabkan masalah bergerak dan nyanyuk apabila meningkat dewasa.

  • Gangguan gen berkaitan-X
    Lelaki biasa mempunyai satu kromosom X dan satu kromosom Y, manakala perempuan mempunyai dua kromosom X. Gangguan gen berkaitan-X melibatkan gen X yang telah berubah dan ia mungkin berbentuk resesif atau dominan.
Hemofilia dan Fragile X adalah contoh gangguan gen berkaitan-X resesif. Ia selalunya diturunkan dari pembawa wanita yang normal kepada bayi lelaki yang terjejas. Bayi perempuan boleh jadi pembawa tetapi selalunya tidak mempunyai sebarang gejala. Jika anda, si ibu, adalah pembawa gangguan gen berkaitan-X, setiap anak lelaki anda mempunyai satu dalam dua peluang untuk terjejas, manakala setiap anak perempuan anda mempunyai satu dalam dua peluang untuk menjadi pembawa.

Gannguan berkaitan-X dominan adalah lebih jarang ditemui, di mana gen yang berubah di dalam satu kromosom X sudah cukup untuk mengakibatkan gejala (walaupun kromosom X yang satu lagi adalah normal). Gangguan ini akan diwarisi seperti berikut: si ibu kepada anak lelaki atau perempuan, dan si bapa kepada anak perempuannya sahaja.

 

Kurangkan Risiko Kecacatan Kelahiran
Ibu bapa perlu sedar tentang kewujudan kecacatan kelahiran dan/atau kromosom dari ibu bapa mereka, adik-beradik dan keluarga terdekat. Dengan memberitahu doktor sebelum anda mengandung, ujian-ujian yang berkenaan boleh dijalankan bagi memastikan risiko bayi mewarisi kecacatan ini.

Selain daripada itu, pasangan boleh mengambil langkah untuk mengurangkan risiko bukan genetik dan alam sekitar yang boleh menyebabkan mutasi telur, sperma atau gen bayi.

  • Amalkan gaya hidup sihat, bermula sebelum anda mengandun.

  • Elakkan pengambilan dadah, merokok dan alkohol terutama ketika mengandung.

  • Kurangkan atau elak sama sekali pendedahan kepada bahan cemar (seperti plumbum), radiasi dan bahan-bahan kimia yang merbahaya.

  • Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil pil suplemen tambahan.

  • Jangan makan ubat-ubatan sendiri jika ia memerlukan preskripsi doktor.

  • Jika anda membeli ubat-ubatan biasa, dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui apa yang anda perlu elakkan semasa mengandung.

Pregnancy & Pre-existing Medical Conditions

Assoc Prof Dr Tan Ay Eeng, Obstetrician & Gynaecologist

 

If you have a pre-existing chronic medical condition, you may be apprehensive about getting pregnant. Understand the risks and concerns connected with these medical conditions so you can prepare yourself for pregnancy.

Know your health status

When you plan to conceive, go for a full physical examination and blood test to see if you have any medical conditions. Or, if you know that you do have a particular condition, tell the doctor who is caring for you of your plans to get pregnant. Ask for a referral to an obstetrician/gynaecologist experienced in treating pregnant women with health issues.

The following are some of the more common chronic conditions experienced by Malaysians:

  • Asthma, a chronic respiratory disease that causes periodic chest tightness, coughing, wheezing and breathing difficulty. Asthma varies in severity from person to person.

  • Diabetes, a chronic disease in which the body is unable to properly process sugar. It can appear in childhood or adulthood and in varying levels of severity. Some women only acquire this disease in pregnancy (gestational diabetes) and most often will return to normal health after delivery. Women with gestational diabetes are more likely to develop chronic diabetes later in life.

  • Hypertension, or high blood pressure, a condition where the force of your blood flow is consistently measured at a level above the ‘normal’ level of 140/90. The two numbers indicate the systolic and diastolic blood pressure, respectively. Systolic pressure is your blood pressure during each pump, or contraction, of the heart muscle, and diastolic pressure is the pressure between pumps.

  • Cardiovascular disease describes any disease affecting the circulatory system. It includes heart diseases and disorders such as mitral valve prolapse, and diseases of the blood vessels such as arteriosclerosis.

  • Depression is the term used to describe a group of medical conditions that result in various emotional and physiologic symptoms. It is caused by a combination of different factors. Depression is not just the condition of ‘feeling sad’; some people with clinical depression are not sad at all but may have an unusual amount of anger, increased apathy towards things they would normally be enthusiastic about, or other symptoms that have nothing to do with sadness. Like many other medical conditions, depression is often treatable with medication and therapy.

  • Epilepsy, a range of seizure disorders resulting from abnormal electrical activity in the brain. Most people think of seizures as violent episodes of thrashing and unconsciousness, but there are many different types of seizures.

What are the risks?

  • Asthma.
    During an asthma attack, the mother may experience low oxygen levels because of the interruption to the normal breathing pattern. This could be harmful to baby. The medications taken for asthma may also affect baby. However, under prudent medical guidance, it’s possible to minimise the risks to both mother and baby.

  • Diabetes.
    Women with any type of diabetes do have a higher risk of having babies with birth defects than women without diabetes. Nevertheless, any pregnancy still has a more than 90% chance of resulting in a healthy baby. Diabetes sometimes causes weakness or abnormality in the blood vessels, resulting in poor blood flow to the placenta. Sometimes, the mother’s diabetes can cause the foetus to also have difficulty processing sugar because of insufficient insulin. One possible result of this is abnormally large babies, who are more prone to difficulties at birth. Another is that the baby experiences low blood sugar (hypoglycaemia) upon birth.
 
  • Hypertension.
    Current obstetrical practices have reduced most of the risks to the babies of hypertensive women, but extra care does need to be taken. Some medications for hypertension may be dangerous to baby, so the doctor will probably change the prescription until after the birth. A condition called pre-eclampsia sometimes occurs later in pregnancy, causing high blood pressure which could endanger both mother and baby. Being hypertensive increases the risk of having pre-eclampsia, but taking the right precautions will help women with and without hypertension to prevent this condition.
 
  • Depression.
    The direct effects of a mother’s depressed state on the foetus’ development have not been proven. However, depression can indirectly affect the body chemistry and functions such as breathing and pulse, which will in turn affect blood flow to the placenta. Medication taken for depression may also affect the foetus.

Saya Hamil Tetapi Mengapa Masih Lagi “Datang Bulan”?

Pendarahan, terutamanya di peringkat awal kehamilan selalunya mendatangkan kebimbangan. Walaupun ia tidak memudaratkan, cara yang terbaik ialah mendapatkan
nasihat doktor sebelum membuat sebarang andaian.

Oleh Prof Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Obstetrik & Ginekologi

“‘Haid ringan’ atau tompokan darah semasa hamil boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Adakah anda mengalami keadaankeadaan seperti yang dinyatakan di bawah?

Peringkat Awal Kehamilan
Tompokan merah cair atau tompokan coklat pada awal kehamilan. Juga dipanggil pendarahan implantasi dan ia berlaku apabila telur subur mula mengimplan. Apabila plasenta mula terbentuk di dinding uterus, ia menyebabkan pendarahan.

Implantasi embrio di luar rahim
Apabila kehamilan berlaku di luar rahim, lazimnya di tiub Fallopio, ia dipanggil kehamilan ektopik. Apabila ini berlaku, ia akan menyebabkan tiub itu pecah dan mendatangkan kesakitan pada abdomen dan pendarahan pada faraj. Anda adalah berisiko sekiranya anda pernah hamil di luar rahim, pernah menjalani pembedahan pada tiub Fallopio, pernah beberapa kali mengalami keguguran yang dicetuskan atau mengalami masalah kesuburan.

Pendarahan pada serviks
Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan kelamin kerana pada ketika ini, serviks adalah lembut dan amat sensitif. Elakkan daripada melakukan hubungan kelamin sehingga anda berjumpa dengan doktor untuk memastikan tiada sebarang iritasi berlaku.


Adakah pendarahan tanda keguguran?

Ya, bagi sesetengah kes. Bagaimanapun, separuh daripada wanita yang mengalami pendarahan semasa hamil tidak mengalami keguguran. Kebanyakan keguguran berlaku pada trimester pertama dan menjejaskan 15% ke 20% kehamilan.

Sekiranya anda mengalami pendarahan, segera berjumpa doktor. Jika doktor mendapati anda berkemungkinan untuk gugur, anda dinasihati untuk berehat dan mengambil rawatan tertentu untuk menyelamatkan kandungan tersebut.

Sekiranya doktor mengesahkan anda sudah mengalami keguguran yang tidak lengkap, anda perlu ke hospital untuk membersih dan mengeluarkan tisu-tisu fetus dari rahim.

 

Peringkat Akhir Kehamilan

Pendarahan dan rasa sakit sebelum atau semasa bersalin
Pendarahan disebabkan perubahan mendadak pada plasenta - pemisahan plasenta dari dinding uterus sebelum atau sewaktu sakit hendak bersalin. Anda berisiko untuk mengalami situasi yang jarang berlaku ini sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi, berumur lebih daripada 40 tahun, mempunyai anak seramai 5 orang ke atas (grand multipara), merokok atau pun mengalami kecederaan pada abdomen.

Pendarahan tanpa rasa sakit
Plasenta previa berlaku apabila plasenta terletak di bahagian bawah rahim dan menutupi serviks secara separuh atau sepenuhnya. Pendarahan plasenta previa merupakan keadaan yang serius kerana ia mengancam keselamatan anda dan bayi dan memerlukan rawatan segera. Anda berisiko sekiranya pernah menjalani pembedahan sesarean dan pembedahan lain pada rahim.

Pendarahan dengan rasa tekanan pada abdomen, sakit belakang badan dan kejang perut
Penyumbat mukus yang menutupi ruang pembukaan uterus boleh menyebabkan pendarahan. Sekiranya anda mengalaminya beberapa minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin, anda mungkin akan bersalin tidak cukup bulan. Anda perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya ia berlaku.


Bersalin Tidak Cukup Bulan


Sebagai persediaan untuk bersalin, serviks akan mula terbuka dan anda mungkin perasan terdapat sedikit mukus berdarah mengalir keluar. Ia dipanggil tanda berdarah dan biasanya berlaku sebelum sakit hendak bersalin yang sebenar.

Sekiranya anda mendapati mukus berdarah ini berlaku sebelum masanya (38 minggu), anda mungkin terpaksa bersalin tidak cukup bulan. Sekiranya ini berlaku, pertimbangan perlu dilakukan untuk keselamatan anda dan bayi sama ada untuk menghentikan proses bersalin atau meneruskannya.


Apa yang perlu saya lakukan?
  • Anda patut memandang serius sekiranya mengalami pendarahan semasahamil. Segera berjumpa dengan doktor.

  • Pakai tuala wanita atau pelapik seluar dalam untuk mengetahui berapa banyak dan jenis pendarahan yang anda alami. Terangkan apa yang anda lihat apabila berjumpa dengan doktor.

  • Jangan memakai tampon atau melakukan semburan yang kuat ke faraj.

  • Elakkan melakukan hubungan kelamin sehingga anda mendapatkan nasihat doktor.

Memahami Pra-eklampsia

Perhatikan tanda-tanda pra-eklampsia yang mampu meragut nyawa
di sepanjang peringkat kedua kehamilan anda.

Oleh Professor Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Obstetrik dan Ginekologi

 

Kebanyakan wanita menempuhi tempoh kehamilan dengan tenang manakala sebilangan kecil pula menghadapi beberapa masalah. Salah satu masalah yang biasa dialami dan perlu diberikan perhatian ialah praeklampsia.

Apakah pra-eklampsia dan bagaimana saya dapat mengenalpastinya?

Ciri-ciri pra-eklampsia adalah kenaikan tekanan darah (melebihi 140/90); bengkak pada muka, kaki dan tangan, serta terdapatnya protein dalam air kencing. Menjalani pemeriksaan tekanan darah setiap kali membuat pemeriksaan kesihatan adalah tindakan yang amat penting kerana pada kebiasaannya wanita yang mengalami masalah ini tidak menunjukkan apaapa simptom pada peringkat awal kehamilan. Dalam keadaan yang lebih serius, si ibu mungkin mengalami sakit kepala, rasa mual, muntah-muntah, penglihatan kabur dan sakit pada bahagian perut.

Jika keadaan ini dibiarkan tanpa rawatan, ia akan menyebabkan komplikasi atau maut pada ibu dan juga bayi. Si ibu mungkin mengalami kerosakan hati atau buah pinggang, mengalami pendarahan dan serangan sawan secara tiba-tiba manakala bayi pula berkemungkinan tidak mendapat khasiat atau oksigen yang mencukupi dari uri dan seterusnya menjejaskan pertumbuhannya.

Siapakah yang berisiko?

85% kes pra-eklampsia berlaku pada wanita yang hamil buat kali yang pertama. Ia biasanya dialami oleh wanita yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi yang kronik, masalah buah pinggang serta hamil anak kembar (lebih daripada 1 janin). Ia berlaku dalam keluarga yang sama, dan menyerang wanita yang berusia lebih daripada 35 tahun serta ibu-ibu yang berusia remaja.

Bagaimana untuk menguruskan pra-eklampsia?
Disebabkan tiada siapa yang mengetahui punca sebenar praeklampsia, maka tidak terdapat sebarang kaedah yang dapat menghindarnya. Rawatan yang diambil hanya bertujuan untuk mengawal tekanan darah dan mengurangkan komplikasi. Satu-satunya cara untuk “sembuh” ialah dengan melahirkan bayi. Malah, dalam kes yang serius, si ibu akan diberikan induksi untuk melahirkan bayi sebelum cukup tempoh matang.

Doktor anda akan mempreskripsikan ubat untuk mengawal tekanan darah. Bagi situasi yang tidak begitu serius, anda hanya perlu mendapatkan rehat yang mencukupi dan mengawasi tekanan darah anda sepanjang masa. Jika sebaliknya, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital dan beberapa ujian akan dijalankan ke atas anda dan juga bayi.

Apakah yang akan berlaku selepas bersalin?

Tekanan darah biasanya akan turun ke paras normal dalam tempoh beberapa hari atau minggu selepas bersalin. Anda mungkin perlu mengambil ubat untuk tekanan darah dan pemeriksaan yang kerap dengan doktor untuk tempoh beberapa minggu sebaik sahaja anda dibenarkan keluar dari hospital.

Home About Positive Parenting Experts Corporate Sponsor Secretariat Contact Us

COPYRIGHT © VersaComm SDN BHD, ALL RIGHT RESERVED. Web Design By Big O Solutions.

Terms Of Use   |   Privacy Policy