- Ramai wanita yang kini melewatkan kehamilan hingga mencecah
usia 30an dan seterusnya. Ini mungkin membawa kepada perubahan
hormon yang boleh mengakibatkan lebih daripada satu telur
dihasilkan pada sesuatu masa.
- Peningkatan penggunaan ubatan kesuburan seperti menotropin
dan klomifen meningkatkan bilangan kehamilan yang melibatkan
lebih daripada satu bayi.
- Kemungkinan mengalami kehamilan berganda juga meningkat
jika ibu pernah atau mempunyai sejarah keluarga yang hamil
dengan anakanak kembar dua atau tiga yang seiras.
Persenyawaan
In vitro (IVF) |
Apakah ia sebenarnya?
Rawatan kesuburan ini membantu meningkatkan peluang
penghamilan dengan menyemai telur-telur dan mensenyawakan
secara in vitro – di dalam tabung uji. Satu atau
lebih telur disenyawa akan dipindahkan semula ke dalam
rahim ibu, dengan harapan ibu tersebut akan dapat membawa
sekurang-kurangnya sebiji telur tersebut hingga cukup
tempoh.
Risiko: Wanita-wanita yang melalui rawatan
ini perlu tahu risikonya. Oleh kerana prosedur ini melibatkan
pemindahan lebih daripada sebiji telur yang disenyawakan
di dalam rahim, terdapat kemungkinan besar menghasilkan
anak kembar dua atau lebih. Terdapat bukti di mana 1 dalam
4-5 kehamilan IVF adalah kehamilan berganda.
|
Cabaran-cabaran Yang Mungkin Akan Anda Hadapi
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Profesor Madya Dr Tan
Ay Eeng menerangkan pengalaman ibu kehamilan berganda adalah
lebih mencabar berbanding ibu kehamilan tunggal. “Mereka
sememangnya memerlukan tahap penjagaan yang lebih tinggi sepanjang
kehamilan,” kata beliau. Dr Tan turut mengetengahkan empat
cabaran unik yang mungkin akan anda hadapi apabila hamil dengan
anakanak kembar atau berganda:
Emosi. Anda mungkin akan rasa bimbang dan
kurang pasti. Anda juga mungkin kurang keyakinan untuk mengendali
lebih daripada seorang bayi pada sesuatu masa. Emosi bercampur
aduk ini memerlukan sokongan emosi yang lebih daripada pasangan
dan ahli keluarga lain.
Tanda-tanda kehamilan. Anda mungkin mengalami
tanda-tanda yang lebih memuncak seperti kenaikan berat badan
yang banyak, regangan berlebihan pada dinding abdomen, sukar
tidur, kebengkakan kaki dan sebagainya.
Penjagaan antenatal. Anda perlu memberi perhatian
yang lebih terhadap penjagaan kehamilan anda dengan kunjungan
doktor yang lebih kerap. Anda juga perlu bersedia untuk dimasukkan
wad untuk berehat atau penjagaan lain apabila timbul sebarang
komplikasi.
Komplikasi. Anda mungkin mempunyai risiko
yang lebih tinggi untuk mengalami komplikasi komplikasi seperti
anemia, hipertensi, diabetes melitus atau kencing manis, kelahiran
pramatang, ketidaknormal kongenital pada fetus, kerencatan tumbesaran
dan peningkatan peluang untuk melahirkan anak menerusi pembedahan
Caesarean.
Menyusu anak kembar dua atau lebih masih boleh dilaksanakan
menerusi teknik-teknik penyusuan yang betul serta sokongan daripada
pasangan dan ahli-ahli keluarga yang lain.
Cabaran-cabaran Yang Mungkin Akan Dihadapi oleh Bayi-bayi
“Saya sememangnya sentiasa kagum dengan kesabaran yang
ditunjukkan oleh ibubapa dan selalunya hasil jangka panjangnya
seringkali memuaskan”, kata Pakar Perunding Pediatrik
dan Neonatologi, Dato’ Dr Musa Mohd Nordin. Selain ketabahan
ibu bapa, sikap keberanian dan keinginan untuk hidup yang ditunjukkan
oleh bayi kecil walaupun menghadapi kesukaran, memberi inspirasi
kepada beliau.
Komplikasi fetus. Bayi kembar berganda mungkin
mengalami masalah yang lebih unik seperti transfusi kembar ke
kembar – salah seorang bayi menjadi pucat dan seorang
lagi menghadapi masalah menerima darah berlebihan daripada plasenta
dikongsi. Bayi-bayi ini juga lebih berkemungkinan untuk mengalami
tumbesaran terbantut semasa di dalam rahim.
Kelahiran. Terdapat kemungkinan tinggi berlakunya
kelahiran pramatang. Bayi-bayi kembar mempunyai kemungkinan
enam kali lebih tinggi berbanding bayi-bayi tunggal.
Komplikasi bayi. Jika bayi kembar dilahirkan
dengan organ-organ pramatang, peparu yang belum matang boleh
membawa kepada sindrom sesak pernafasan (RDS).
Selain itu, mereka mungkin berisiko tinggi untuk lahir dengan
hati pramatang yang membawa kepada penyakit kuning atau jaundis.
Komplikasi sebegini mungkin memerlukan bayi dimasukkan ke dalam
unit penjagaan rapi neonatal (NICU).
Kecacatan semasa lahir. Kejadian berlakunya
kecacatan kongenital adalah 20% lebih tinggi dalam kehamilan
berganda. Anomali jantung adalah kategori terbesar dalam kecacatan.
Jenis kecacatan yang luar biasa seperti kembar bercantum (kembar
siam) dan akardia (ketiadaan jantung) amat unik pada anak kembar.
Kecacatan yang biasa seperti clubfoot (posisi kaki yang abnormal)
dan lebihan jari atau jari kaki yang kurang serius.
Cabaran-cabaran Yang Mungkin Akan Dihadapi oleh Keluarga
“Kehamilan berganda datang bersama kegembiraan berganda,
pilihan berganda dan juga cabaran berganda dalam kombinasi pelbagai
perkara seperti pengurusan masa, kewangan, kesihatan, hubungan
suami isteri dan banyak lagi,” menurut Dr Anjli Doshi-Gandhi,
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara (LPPKN) Malaysia.
Sememangnya ibu bapa hari ini yang mempunyai anak kembar dua
atau lebih akan mengalami kesukaran, terutamanya jika kedua-dua
suami isteri bekerja keras mengimbangi kerjaya, masa keibubapaan
dan lebih-lebih lagi jika mereka tinggal bersendirian. Pasangan
suami isteri perlu bekerja lebih keras untuk berkongsi tanggungjawab
membesarkan anak-anak mereka kerana setiap anak patut menerima
kasih sayang, penjagaan, penerimaan yang sama rata serta asuhan,
untuk membesar dengan sihat dan sejahera.
“Oleh kerana kami mempunyai dua pasang anak kembar, kami
menghadapi masalah bebanan kewangan yang besar. Biasanya kami
akan merancang belanjawan setiap bulan kerana kami perlu berhati-hati
dalam perbelanjaan. Kami juga tidak membeli barangan daripada
sebarangan kedai tetapi mencari produk yang paling murah. Selain
daripada cermat berbelanja, kami percaya pelaburan insurans
kesihatan untuk kanak-kanak seawal mungkin adalah amat penting.
Kita tidak akan tahu bila sesuatu kecemasan akan berlaku,”
kongsi Megat Syahrul Rizal Megat Ismail.
Ibu Bapa:
Megat Syahrul Rizal Megat Ismail & Radin Diana R Ahmad
Anak kembar:
Megat Amer Hakim & Putri Amera Syahirah (3½ tahun);
and Megat Ahmad Haikal & Putri Aqeela Hana (6 bulan)
“Keluarga isteri saya banyak memberi sokongan dan telah
banyak membantu. Pada beberapa bulan pertama, isteri saya telah
menghadapi cabaran, terutamanya semasa di dalam pantang. Kami
bernasib baik kerana mempunyai keluarga yang tinggal berdekatan.
Dulu, saya kerap bermain tenis tetapi kini saya lebih banyak
menghabiskan masa dengan keluarga saya. Saya percaya, sebagai
satu keluarga dan yang paling penting, sebagai suami isteri,
kami perlu bekerja sama memberi sokongan sesama sendiri, bergilir-gilir
menjaga anak kembar dan anak lelaki sulung kami. Saya rasa keadaan
akan menjadi lebih mudah apabila anak-anak kami semakin membesar,”
kongsi Mohd Azmir Ramli.
Ibu Bapa:
Mohd Azmir Ramli & Azeleen Binti Mohd Razali
Anak kembar:
Firash Hameez & Farish Hadeef (9 bulan)
“Kami tidak pernah menyangka akan mempunyai anak-anak
kembar. Ia suatu kejutan gembira kerana kami mempunyai empat
orang anak sebelum kelahiran anak kembar kami. Selain teruja
dengan kembaran, kami sentiasa menghargai mereka sebagai individu-individu
tersendiri. Seorang akan sentiasa membawa buku ke mana jua (termasuk
tidur) dan seorang lagi pula gemar mewarna dan melukis. Kedua-dua
mereka mempunyai minat berbeza dan kami tidak membandingkan
mereka. Satu perkara menarik dengan anak kembar adalah segalagalanya
menjadi indah. Segala stres dan keletihan dirasai selepas bekerja
terus hilang apabila melihat mereka,” kongsi Farehana.
Ibu Bapa:
Mohd Naim b. Mohammad & Farehana Hanapiah
Anak kembar:
Azra Sofiyah & Ayra Sofiyah (5 tahun)
“Sebagai adik-beradik kembar, ramai menganggap kami mempunyai
banyak persamaan – keluar bersama-sama, hobi yang sama,
kawankawan yang sama dan sentiasa bersetuju dalam semua perkara!
Mereka menganggap kami tidak mempunyai kehidupan kami sendiri.
Keperibadian kami semakin berbeza apabila kami membesar. Saya
lebih gemar belajar tetapi adik saya berlainan. Kerjaya kami
berbeza dengan saya dalam bidang kreatif dan adik pula dalam
bidang kejuruteraan. Kami mempunyai identiti tersendiri kerana
cemerlang dalam bidang yang berbeza,” kongsi Timothy.
Anak kembar:
Timothy Khor & Jed Khor (19 tahun)
Satu ataupun Lebih
“Keluarga yang sedang menunggu kelahiran anak kembar dua,
tiga atau lebih biasanya dijangka menghadapi lebih cabaran apabila
melalui peringkat kehamilan, semasa kelahiran dan seterusnya,”
kata Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pakar Pediatrik.
Walaupun anda tidak boleh mengawal kehamilan tunggal ataupun
berganda, namun anda masih boleh bersiap sedia untuk apa yang
bakal menanti. Ianya normal untuk merasa bingung dan bimbang
setelah mendapat tahu anda akan mendapat anak kembar berganda.
Anda juga akan memikir cara anda akan mengendalikan cabaran
perubatan, fizikal dan psikologi dengan anak kembar dua atau
lebih. Kuncinya adalah pengetahuan. Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab
untuk mempelajari sebanyak mungkin supaya lebih bersedia menghadapi
kehamilan, kelahiran dan penjagaan bayi-bayi anda. Ini adalah
sebahagian daripada persediaan untuk masa keibubapaan.
Pasangan yang merancang untuk hamil perlu mempertimbangkan
untuk mempunyai anak pada usia yang lebih muda, lebih baik sebelum
mencecah usia 35 tahun. Ini adalah untuk mengurangkan risiko
kemungkinan mengalami komplikasi kehamilan apabila hamil lewat
usia. “Jika anda memilih untuk menjalani pensenyawaan
in-vitro (IVF), anda perlu memahami prosedur ini akan meningkatkan
peluang untuk kehamilan bayi kembar berganda. Walau bagaimanapun,
saya yakin ia masih merupakan perjalanan ke arah zaman ibubapaan
yang hebat bagi anda dan pasangan anda!” kata beliau. |