


Mengidamkan Manisan Ketika Mengandung? Berhati-hati dengan risiko diabetes semasa hamil. Oleh Dr Tan Ay Eeng, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi
|
Diabetes semasa hamil (gestational diabetes) adalah satu bentuk penyakit kencing manis yang dialami oleh ibu mengandung. Lebih kurang 3% ibu mengandung didapati menghidap penyakit ini. Anda mungkin menghadapi masalah ini walaupun anda tidak pernah menghidap diabetes. Lazimnya ia dapat dikesan pada trimester kedua kehamilan dan akan sembuh selepas bayi dilahirkan. Walaupun manisan bukanlah penyebab utama diabetes jenis ini, bakal ibu harus mengambil berat tentang diet dan aktiviti yang dilakukan semasa mengandung untuk mengurangkan risiko penyakit ini.
PuncaDiabetes semasa hamil disebabkan oleh perubahan hormon semasa hamil. Sesetengah hormon yang dihasilkan sewaktu hamil menyekat tindakan insulin, iaitu hormon pengawal paras gula di dalam badan kita. Insulin menukarkan gula berlebihan di dalam darah kepada glikogen yang disimpan di dalam organ hati untuk kegunaan kemudian. Dengan menyekat tindakan insulin, badan si ibu sebenarnya memastikan bayi di dalam kandungan mendapat gula secukupnya, memandangkan gula merupakan salah satu sumber makanan bagi bayi yang masih dalam rahim. Namun, apabila tindakan insulin disekat, ini bermakna badan ibu mengandung tidak dapat menggunakan gula di dalam darah secara cekap. Oleh itu, lebih insulin diperlukan untuk menangani perubahan ini. Sekiranya insulin tidak dapat dihasilkan di dalam badan ibu mengandung untuk tujuan tersebut, ia boleh menyebabkan kawalan paras gula darah menjadi lemah, justeru si ibu mudah dijangkiti penyakit diabetes.
Apakah kesan terhadap bayi di dalam kandungan?Sekiranya ibu mengandung menghidap diabetes, paras gula yang tinggi akan dibawa dari saluran darah melalui plasenta terus kepada bayi. Walaupun bayi dalam kandungan mampu menghasilkan insulin untuk menggunakan gula, gula yang berlebihan boleh meninggalkan kesan yang tidak diingini sekiranya tidak dirawat dengan segera. Bayi bersaiz besar (Makrosomia) - Bayi dalam kandungan menghasilkan lebih banyak insulin yang akan menukarkan gula berlebihan kepada lemak mengakibatkan bayi membesar lebih daripada biasa. Keadaan ini mungkin akan merumitkan proses bersalin seperti melambatkan proses melahirkan anak, bayi terlalu besar untuk dilahirkan melalui vagina, risiko yang tinggi bagi bayi mengalami kecederaan sewaktu dilahirkan dan berkemungkinan besar ibu harus bersalin melalui kaedah pembedahan. Hipoglisemia neonatal (gula dalam darah rendah) - Bayi akan terus menghasilkan insulin dalam jumlah yang banyak untuk jangka masa tertentu selepas dilahirkan. Memandangkan tiada lagi sumber gula dari ibu, insulin yang berlebihan akan bertindak ke atas simpanan gula dalam darah bayi tersebut dan mengakibatkan hipoglisemia dalam bayi yang baru lahir. Bayi akan menggigil atau mungkin mengalami masalah pernafasan, namun keadaan ini boleh dipulihkan dengan segera apabila bayi diberi susu ibu atau air gula tambahan. Komplikasi lain - Bayi mungkin akan menghidap penyakit kuning (jaundis) semasa dilahirkan. Malah ibu mengandung juga berkemungkinan besar akan bersalin lebih awal. Walaupun bayi yang dilahirkan tidak menghidap diabetes, risiko bayi menjadi obes atau menghidap diabetes semasa di peringkat kanak-kanak adalah tinggi. RawatanDoktor akan memeriksa paras gula darah anda sewaktu anda melakukan pemeriksaan pranatal. Andainya doktor mendapati anda menghidap diabetes semasa hamil, anda mungkin disyorkan untuk merancang pemakanan. Sekiranya perlu, anda akan diberikan ubat untuk mengawal paras gula darah. Doktor anda akan terus memantau keadaan anda dan bayi dalam kandungan anda sepanjang tempoh hamil. Kurangkan risiko anda
|
Bayi
Anda Yang Belum Lahir Perlu Penjagaan Pemakanan Awal Oleh Profesor Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Obstetrik dan Ginekologi.
|
|
![]() |
Adakah ibu-ibu hamil hari ini mengamalkan
pemakanan yang baik? Bagaimana pula dengan anda?.
|
||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||
Diet Sihat Untuk Bakal Ibu Semua ibu mengandung mahu
melahirkan
|
|
![]() |
Bijirin kaya dengan karbohidrat yang memberi tenaga kepada badan anda untuk mengharungi proses kehamilan. Banyak produk bijirin penuh yang diperkaya dan diperkuat juga mengandungi serat, zat besi, vitamin B, zat galian dan protein. Buah & sayuran kaya dengan vitamin, zat galian dan serat. Sebatian larut lemak berpigmen (merah, oren, kuning) yang dinamakan karotenoid terdapat secara semulajadi dalam pelbagai buahbuahan berwarna kuning, oren dan merah, dan sayuran hijau gelap. Daging, ayam, ikan, telur & kacang mengandungi banyak protein, vitamin B dan zat besi. Protein penting untuk pertumbuhan bayi anda yang belum lahir, terutama sekali sepanjang trimester kedua dan ketiga. Produk susu mengandungi kalsium, yang membantu membina tulang dan gigi bayi anda. Ia juga mengandungi vitamin A, vitamin D dan protein. Pengambilan zat besi tambahan digalakkan kerana diet biasa kebanyakan ibu mengandung tidak dapat memenuhi keperluan yang meningkat bagi zat besi. Asid folik tambahan juga amat penting untuk mencegah daripada keabnormalan janin atau bayi. |
|
|||
| Anda seharusnya terus menjaga diet anda selepas bayi lahir kerana anda perlu menyusukan si manja dan kualiti susu anda ditentukan oleh apa yang anda makan! Jadi, teruskan amalan diet yang sihat. Pilih makanan dengan bijak dan utamakan makanan yang kaya nutrien kerana ia penting untuk anda dan bayi anda yang baru lahir. |
Pemakanan Ketika Mengandung Dr. Tee E Siong, Nutritionist |
| - |
Apa yang anda makan ketika hamil, si bayi turut
‘makan’. Jika tabiat pemakanan anda tidak sihat kerana
kekurangan atau berlebihan nutrien tertentu, kesihatan bayi dalam
kandungan mungkin terjejas. |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
Ibu mertuaku sentiasa beri saya makanan.
Dia kata saya sedang “makan untuk dua”. Saya dinasihatkan supaya menjauhi daripada makanan
‘sejuk’, ‘berangin’, ‘panas’
dan ‘beracun’. Tinggal apa lagi yang boleh dimakan? |
|
Si
Bayi Perlu Makan!
Nutrien penting dan peranan masing-masing:
|
| Prinsip-prinsip Untuk ‘Makan’ |
|
Mahu makan dengan sempurna, tetapi tidak tahu bermula di mana? Tanyalah diri sendiri beberapa soalan yang berikut: Pastikan makanan seimbang.
|
7 Tabiat Makan Sihat Semasa Hamil By, Assoc Prof Dr Poh Bee Koon, Nutritionist
|
Sepanjang kehamilan, bayi hanya mempunyai satu
sumber untuk membesar dengan sihat... anda. Walau bagaimanapun,
ini tidak bermakna anda harus makan untuk ‘dua orang’.
Anda seharusnya makan agar kedua-dua bayi dan anda sihat sepanjang
kehamilan. |
|
adakah anda dalam keadaan pemakanan berbahaya? Tabiat pemakanan yang tidak baik sebelum dan semasa kehamilan
boleh membahayakan anda dan bayi. Sekiranya anda kekurangan
zat makanan anda mungkin tidak bertenaga dan kekurangan sesetengah
nutrien yang boleh mengganggu perkembangan sel pada kandungan,
menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat badan rendah dan sebagainya. |
![]() |
Kelebihan zat makanan juga boleh berlaku akibat pengambilan sesetengah vitamin (cth vitamin A) atau mineral (cth zat besi) yang berlebihan tanpa disyorkan oleh doctor. Keadaan ini boleh mengakibatkan kecacatan pada tulang, jantung, sistem saraf, kepala dan muka bayi. Dapatkan nasihat pemakanan daripada doktor atau pakar pemakanan sekiranya anda mempunyai sebarang risiko pemakanan yang berikut:
|
|
Tip Pemakanan
|
![]() |
|
|
Merancang Diet Anda Your Semasa Hamil Oleh Pn Nik
Shanita Safii, Pakar Diet |
Kepentingan makan secara sihat semasa hamil ialah untuk mengekalkan kesederhanaan dan pada masa yang sama memberi tumpuan kepada pengambilan nutrien. Malaysia mempunyai kelebihan yang besar dari segi makanan: pelbagai jenis makanan berkhasiat daripada berbagai budaya boleh diperolehi dengan mudah. Ini bermakna bahawa peluang anda untuk mendapat setiap nutrien atau zat dengan secukupnya adalah lebih terjamin, kerana dengan memakan hanya satu jenis makanan sahaja, ia tidak boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan. Sebelum anda hamil, berbincanglah tentang diet anda dengan pakar obstetrik atau pakar dietetik, supaya mereka boleh mengesyorkan suplemen jika perlu. Sekiranya anda sedang hamil, maka dapatkan nasihat pemakanan tentang diet yang bersesuaian dengan keperluan anda. |
|
![]() |
Nasi lemak dan roti canai adalah di antara makanan tradisi yang popular untuk sarapan, tetapi anda tidak digalakkan memakannya lebih daripada satu atau dua kali seminggu disebabkan oleh kandungan lemak yang terdapat dalam nasi dan roti canai serta lauk-pauk yang disajikan bersamanya. |
|
|
|
|
Rancang Menu Anda Terlebih Dahulu
Sebelum anda mula merancang menu untuk satu minggu, tiga langkah
berikut perlu dititikberatkan: |
|
| Makan Betul! Rasa Sihat! Kehamilan merupakan pengalaman yang mencabar
namun itu Oleh Prof Madya Dr Poh
Bee Koon, Pakar Pemakanan |
|
|
Vitamin/Mineral |
Kenapa
diperlukan? |
Di
mana boleh didapati |
| Vitamin A | Membantu pertumbuhan sel baru dan mengekalkan kesihatan bayi. | Hati, susu, telur, buah-buahan berwarna merah (betik, mangga), sayur-sayuran berwarna jingga (lobak, labu) dan sayur-sayuran berdaun hijau. |
| Vitamin B1, B2 & B3 | Meningkatkan paras tenaga
dan membantu anda dan bayi mempunyai kulit yang sihat. |
Kekacang, daging, ikan, telur, kacang dan produk yang diperkuat seperti roti, bijirin dan biskut, bijian penuh dan tepung gandum penuh. |
| Vitamin E | Membantu tumbesaran dan perkembangan bayi dengan sihat. |
Minyak sayuran, biji-bijian, kacang dan bijirin. |
| Kalsium | Membina tulang yang kuat untuk anda dan bayi. | Susu dan hasil tenusu, sayur-sayuran seperti bayam, selada air dan brokoli, kacang dan produk kacang seperti tauhu dan tempeh. |
| Folat | Penting untuk perkembangan sistem urat saraf bayi. | Sayur berdaun hijau, kacang bendi, sparagus, lentil dan kekacang, produk diperkuat bijian dan hati |
| Zat besi | Membantu penghasilan hemoglobin (sel darah) bayi. | Hati, daging tanpa lemak, ayam, kerang, ikan bilis, telur, kacang kuda, tauhu goreng, pucuk paku, peria, bayam dan kangkung. |
![]() |
|
COPYRIGHT © VersaComm SDN BHD, ALL RIGHT RESERVED. Web Design By Big O Solutions.